• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekecohan Di Kuburan Mayang, Transgender Mangsa Bunuh

oleh AK-47
06/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jenazah transgender Indonesia, Febri Adriansyah atau Mayang Prasetyo akhirnya tiba di kampung halamannya di Kelurahan Sukemenanti, Lampung hujung minggu lalu.

Sebagai mana dirancang jenazah dikebumikan di Taman Pemakaman Umum (TPU) Griliyo yang berjarak kira-kira 700 meter dari rumahnya.

Jenazah Mayang dikebumikan sebagai lelaki dengan batu nisan diukir nama sebenarnya, Febri Adriansyah.

Liang lahad sudah pun digali 15 hari sebelum jenazah tiba, namun berlaku sedikit kekecohan ketika keranda mahu diturunkan apabila liang lahad didapati terlalu sempit lalu terpaksa dilebarkan semula.

29

Sebelum itu, turut berlaku kekecohan apabila seorang penduduk kampung nyaris tergelincir ke dalam liang lahad tersebut yang amat licin gara-gara hujan lebat kebelakangan ini.

Sepanjang proses pengebumian, kawasan perkuburan dipenuhi esak tangis keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan mangsa termasuk puluhan transgender yang hadir.

Usai segalanya ibu mangsa, Nining Sukami melafazkan syukur kerana anaknya dapat dikebumikan seperti sepatutnya setelah penantian yang agak panjang.

Di atas kuburan, keluarga kemudiannya meletakkan foto Mayang saat masih menjadi Febri Adriansyah.

Febri Adriansyah, 27, atau dikenali sebagai Mayang Prasetyo ketika hayatnya, dibunuh dengan kejam oleh kekasihnya, Markus Peter Volka, 28, warga Australia di kediaman mereka di Teneriffe, Brisbane pada Sabtu, 9 malam, 4 Oktober lalu.

39

Pembunuhan ini mencetuskan kegemparan kerana mayat Mayang diperlakukan dengan kejam apabila dikerat dan direbus di dalam periuk oleh suspek yang bekerja sebagai tukang masak.

Suspek bagaimanapun telah membunuh diri selepas kejadian dengan mengelar lehernya sendiri.

np1412714185

Mangsa baru enam bulan berpindah ke Brisbane, bagaimanapun Mayang dan Marcus didakwa sudah berkahwin tahun lalu.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia masih menyiasat kesahihannya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

Tags: transgender
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3 Kanak-kanak Termasuk 6 Maut Amukan Transgender

3 Kanak-kanak Termasuk 6 Maut Amukan Transgender

28/03/2023
0

NASHVILLE, TENNESSEE – Seorang bekas pelajar lengkap bersenjata membunuh tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan dalam serangan yang dirancang secara teliti...

Sajat Pelik Dikecam Bila Pakai Bikini

28/10/2021
0

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat ‘panas’ apabila telah dikecam orang ramai berhubung ‘posting’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd