• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2017: Harap Peruntukan Naik Taraf Jalan Persekutuan

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya berharap Bajet 2017 kali ini akan memberi lebih banyak peruntukan untuk menaik taraf dan penyenggaraan bagi jalan-jalan persekutuan termasuk lorong motosikal.

Menterinya, Datuk Seri Fadilah Yusof, berkata ini merupakan antara dua fokus utama yang telah dikenal pasti oleh pihak Kementerian, selain daripada pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja menaik taraf yang biasa.

“Kami berharap dengan peruntukan tersebut, bukan sahaja lebuh raya akan dinaik taraf tetapi juga jalan-jalan persekutuan, khususnya lorong motosikal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian perkongsian antara Projek Garuda Sdn Bhd dan Shindo Industry Co Ltd dari Korea Selatan pada G-Fair Korea 2016 yang berlangsung selama dua hari, bermula hari ini.

Fadilah berkata, jalan-jalan persekutuan merupakan laluan utama bagi kebanyakan rakyat Malaysia, berbeza dengan lebuh raya yang menjadi laluan alternatif, usaha menaik taraf dan penyelenggaraan jalan-jalan ini akan memberi impak yang positif terhadap pengguna jalan raya dan golongan usahawan yang berniaga di kawasan terbabit.

Fadilah ketika bercakap mengenai perjanjian itu hari ini, berharap untuk menyaksikan kejayaan Projek Garuda dalam membangunkan keupayaan perniagaan dengan Shindo serta mempelopori pembuatan produk keselamatan jalan raya tempatan dan seterusnya mengeksport ke negara-negara ASEAN.

“Dengan inovasi-inovasi yang baik seperti penghadang beroda, rel penghalang bersalut serbuk berwarna, sistem anti silau dan petunjuk lebuh raya berkuasa solar, produk-produk ini mampu mengurangkan jumlah kemalangan di Malaysia serta mempertingkatkan faedah sosial kepada para pengguna jalanraya,” katanya.

Pameran G-Fair Korea selama dua hari itu, dianjurkan oleh Pusat Dagangan Korea, dijangka menyaksikan kehadiran seramai 1,500 pengunjung dari seluruh Asia. – BERNAMA

Tags: Bajet 2017jalan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hadiah Lahirkan Yusuf, Hairul Bawa Hanis Ke London

Next Post

Perlis Sedia Tawar Tempat Latih Atlet OKU Negara

Related Posts

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

21/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu negara ditutup sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN-GCC) 2025. Antara jalan...

RM1.8 Bilion Diperuntuk Selenggara Jalan Tahun Ini

RM1.8 Bilion Diperuntuk Selenggara Jalan Tahun Ini

20/08/2022
0

Sebanyak RM1.08 bilion diperuntukkan bagi kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia tahun ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri...

Next Post

Perlis Sedia Tawar Tempat Latih Atlet OKU Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd