• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuala Lumpur Hos Forum Bandar Dunia Pada 2018

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah sesi kesembilan Forum Bandar Dunia (WUF) pada 2018, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman berkata beliau dimaklumkan mengenai kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah forum oleh Setiausaha Agung Bahagian Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pengarah Eksekutif Habitat PBB, Dr Joan Clos selepas mesyuarat dua hala di luar acara Persidangan Menteri-Menteri Kelima Asia Pasifik mengenai Perumahan dan Pembangunan Bandar (APMCHUD) di Seoul, Korea Selatan, pada Selasa.

WUF yang ditubuhkan melalui resolusi Perhimpunan Agung pada tahun 2001 sebagai forum teknikal bukan perundangan, diadakan setiap dua tahun, dan dikatakan persidangan utama dunia mengenai bandar.

Negara Asia terakhir yang menganjurkan WUF ialah China pada 2008.

Abdul Rahman dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, pada mesyuarat, Clos mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana memenangi bidaan dan atas komitmennya terhadap pembangunan bandar yang mampan.

Beliau berkata pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah WUF akan memanfaatkan pelancongan kerana lebih 22,000 perwakilan akan menghadiri forum, dan ini merupakan satu daripada acara terbesar yang pernah dianjurkan oleh Malaysia.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana meletakkan asas yang membolehkan Malaysia berjaya memenangi bidaan WUF.

WUF9 akan menjadi forum pertama diadakan selepas Proses Agenda Pembangunan Pasca 2015 dan Persidangan Bangsa Bersatu mengenai Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari – Habitat III pada 2016.

Persidangan Habitat adalah persidangan perundangan global yang dianjurkan setiap 20 tahun untuk mengkaji dan menentukan agenda bandar dan membuka jalan bagi visi UN-Habitat ke arah masa depan bandar baharu. – BERNAMA

Tags: Rahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: Rahman Dahlan Antara 5 Nama BN Kota Belud

PRU15: Rahman Dahlan Antara 5 Nama BN Kota Belud

14/10/2022
0

KOTA KINABALU : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengesahkan namanya adalah antara lima calon yang...

Rahman Dahlan, Bung Moktar Berdamai Demi PRN Sabah

01/09/2020
0

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan perselisihan pendapat di antara Ahli Majlis Tertinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd