MALANG tidak berbau. Itu yang terjadi kepada seorang murid sekolah apabila bibirnya tersekat selepas minum dari botol minuman yang dibekalkan kepadanya setiap hari.
Kanak-kanak yang dianggarkan berusia lapan tahun itu terpaksa menahan kesakitan selepas bibir bawahnya tersekat pada penutup botol minuman.

Gambar yang dikongsi dengan Mynewshub memaparkan keadaannya ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta bagi mengeluarkan bibirnya.
“Asalnya kanak-kanak itu dihantar ke hospital kerajaan di  Klang tetapi doktor bertugas gagal mengeluarkan penutup berkenaan dan si ibu kanak-kanak terpaksa pula membawanya ke sebuah hospital swasta kemudian,” kata pengirim gambar berkenaan.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada Jumaat lalu di Sijangkang, Selangor.
Kanak-kanak tersebut bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan kembali ke rutin hariannya seperti biasa. -MYNEWSHUB.CC