• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Kelantan Seru Orang Islam Sokong Pindaan Akta 355

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyeru orang Islam agar menyokong pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 yang bertujuan memartabatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.

Mohamad Shukri pada masa yang sama, turut menasihati anggota Parlimen khususnya yang beragama Islam agar menyokong pindaan tersebut apabila ia dibahaskan di sidang Dewan Rakyat pada sesi akan datang.

“Memang wajib (menyokong)… kenapa tidak mahu melihat perkara baik berlaku dalam Mahkamah Syariah. Kalau sebelum ini, bidang kuasa Mahkamah Syariah rendah, kalau beri sedikit kuasa, apa masalahnya.

“Dalam al-Quran ada menyebut, bertolong, membantu dalam hal-hal kebaikan, kebajikan dan taqwa merupakan benda yang baik, jadi semua patut sokong perkara baik (Akta 355),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Mahabbah Ulama di sini, hari ini.

Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra berkenan merasmikan majlis berkenaan yang turut dihadiri Anggota Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Zakaria Stapa dan lebih 1,000 pelajar pondok seluruh negeri.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata akta berkenaan sebelum ini dipinda sebanyak dua kali tanpa sebarang masalah ataupun mendapat bantahan daripada mana-mana pihak.

Justeru, beliau melihat tentangan terhadap pindaan Akta 355 banyak dikemukakan oleh parti politik yang disifatkan mempunyai kepentingan masing-masing.

“Saya pun tidak faham. Pindaan Akta 335 ini kalau diluluskan, ia hanya bertujuan meningkatkan lagi bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Kalau kita tengok tentangan ini banyak daripada parti-parti politik, barangkali ada isu-isu yang ada kepentingan masing-masinglah,” katanya. – BERNAMA

Tags: mufti KelantanRUU 355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU 355, RUU Kawalan Tak Sekat Kebebasan Beragama

06/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin...

Kerajaan Giat Usaha Draf RUU 355

15/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang mempergiat usaha mendraf Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd