• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Didakwa Bunuh Pekerja Syarikat TV Online

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warganegara asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pekerja sebuah syarikat televisyen dalam talian, Mei lepas.

Malhi Varinder Singh, 24, warganegara India dan Abdullah Aziz, 28, warganegara Pakistan, didakwa bersama-sama telah membunuh Yap Chue Cheong, 47.

Malhi Varinder, penganggur dan Abdullah, buruh binaan, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dalam bahasa Hindi di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di B 15-15, Kondominium Windsor Tower, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, Brickfields, di sini di antara jam 9 malam, 14 Mei lepas hingga 12 tengah hari 16 Mei lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 1 November untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aftal Mariz Mohamed manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Paul Krishnan dan Jenny Chong. – BERNAMA

Tags: kes bunuhmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd