• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Mangsa Rempuhan Go-Kart Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jenazah dua beranak yang maut akibat dirempuh kenderaan go-kart pada Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota, selamat dikebumikan di sini malam tadi.

Jenazah Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, lima, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi, pada pukul 11.10 malam, dengan disaksikan hampir 200 anggota keluarga dan kenalan.

Video: Go Kart Rempuh Penonton, Dua Beranak Maut

Terdahulu, jenazah kedua-dua beranak itu dikafan dan disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota, pada pukul 10 malam, selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) malam tadi.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob adalah antara 600 jemaah yang menyertai solat jenazah itu.

Izwan, penyelia sebuah kilang di Gebeng di sini, dan Nur Zulaikha meninggal dunia apabila sebuah go-kart terbabas dan merempuh ke arah mereka ketika sedang menonton perlumbaan itu.

Isteri Izwan, Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulung mereka Muhammad Izz Danial, tujuh, cedera dan dirawat di HTAA dan setakat petang ini, hanya Siti Suhaiza, guru di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, dibenarkan pulang ke rumah.

Bagaimanapun, kelibat beliau tidak kelihatan semasa urusan pengebumian. – BERNAMA

Tags: Go-Kartkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd