• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Keterlaluan Menentang Islam! – Nasrudin

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP semakin tidak diterima oleh kaum Melayu akibat keterlaluan dalam “menunjukkan” penentangan terhadap Islam dan perlaksanaannya di negara ini.

Ketua Penerangan PAS PUsat, Nasrudin Hassan berkata, masalah DAP itu menyebabkan DAP melancarkan persepsi negatif bagi meragukan keyakinan orang awam dan memecahbelahkan sokongan kaum Melayu terhadap PAS.

“Berita bertajuk ‘UMNO-PAS cooperation to win power in Selangor: a pact not to fight each other’ yang disiarkan di akhbar Nanyang Siang Pau pada 18 September 2016 sama sekali tidak berasas dan tidak benar.

“Sikap PAS terhadap pelbagai pihak termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta kerajaan pula berasaskan kepada ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)’ juga mendapat reaksi positif dan sokongan oleh rakyat bervariasi kaum dan agama di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Nasrudin menegaskan bahawa bukan pendirian dan sikap politik PAS yang tidak jelas, sebaliknya cara dan matlamat berpolitik DAP yang sudah tidak lagi relevan.

Tegasnya, kenyataan berasaskan persepsi dan propaganda jahat bukan cara yang sihat dalam berpolitik.

Namun, katanya, adalah amat dikesali apabila cara itu masih diguna pakai sebahagian pimpinan DAP bagi melaraskan peluru ‘dendam’ terhadap PAS.

“Sampai bilakah rakyat harus dididik dengan cara berpolitik sebegini?

“Benarlah penegasan yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini bahawa PAS tidak akan berkerjasama dengan DAP dan parti yang berkerjasama dengan DAP,” katanya.

DAP yang menganggotai Pakatan Harapan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) turut menjalin hubungan baik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam usahanya menumbangkan parti Melayu UMNO. - MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPNasrudin Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd