• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Jelajah Politeknik Lepaskan 539 Anak Penyu

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Sebanyak 539 ekor anak penyu dilepaskan ke laut sempena program Jelajah Muamallah Ummah Politeknik Malaysia di Pantai Batu Pelanduk, Kampung Kuala Abang di sini malam tadi.

Pegawai Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Abdul Halim Mat Nor berkata kesemua anak penyu yang dilepaskan itu baru 24 jam dinetaskan dari lima sarang di dua lokasi iaitu Pusat Santuari Rantau Abang dan Ma’ Daerah di Kemaman.

“Pelepasan anak penyu ke laut ini adalah sempena Program Siswa Bersama Komuniti anjuran bersama Gerakan Belia 4B Kawasan Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Kelab Rukun Tetangga dan Gerakan Belia 4B Cawangan Kuala Abang.

“Satu taklimat ringkas juga diadakan untuk memberi kefahaman dan peluang kepada orang ramai mengenai kitaran hidup penyu dan cabaran kepupusan haiwan itu yang kritikal ketika ini.

“Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pemuliharaan penyu agar ia kekal untuk diwarisi kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan itu yang turut dihadiri Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam dan Pengarah PSMZA, Mohd Pauzi Ibrahim.

Sementara itu, Din berkata program komuniti bersama pelajar Politeknik itu memberi banyak impak positif kepada masyarakat setempat terutama golongan yang disantuni iaitu keluarga miskin dan ibu tunggal agar mereka tidak berasa tersisih.

“Warga PSMZA dan Belia 4B turut meluangkan masa menziarahi 10 keluarga miskin di sekitar kampung ini untuk menyampaikan bantuan serta meningkatkan motivasi kepada anak-anak mereka untuk terus belajar agar dapat mengubah nasib keluarga.

“Sumbangan yang diberi kepada 20 ibu tunggal juga sekurang-kurangnya dapat menceriakan kehidupan mereka dan merapatkan hubungan sesama anggota masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: penyuPoliteknik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUCHING – Cubaan menyeludup ribuan telur penyu secara haram membawa padah apabila seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman...

OKU Lepasan Politeknik Kini Ketua Cef Pastri Restoran Terkenal

OKU Lepasan Politeknik Kini Ketua Cef Pastri Restoran Terkenal

31/07/2024
0

JIKA anda menetap di sekitar Seremban, Negeri Sembilan atau daerah berjiran iaitu Sepang, Selangor, nama Gastrohub Restaurant & Event Space...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd