• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Driver Uber Dimaki, Penumpang Kena Paksa Turun

oleh AK-47
26/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA rakaman berasingan memaparkan beberapa pemandu teksi memarahi pemandu Uber yang didakwa merampas pelanggan mereka di Kota Kinabalu, Sabah menerima kecaman hebat netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Miguelmutien Masterpiece, kedua pemandu berkenaan dimarah, dimaki hamun dan diberikan amaran agar tidak menjalankan perkhidmatan itu lagi di Sabah kerana menurut dakwaan kumpulan teksi itu, Uber tidak dibenarkan beroperasi di negeri tersebut.

Bukan sahaja pemandu Uber, malah penumpang turut jadi mangsa makian mereka serta diminta keluar dari kereta Uber terbabit.

Berdasarkan dialog pemandu teksi berkenaan, mereka tidak mendapat sebarang pelanggan dari waktu pagi semalam hingga ke malam kejadian dan mendakwa pelanggan mereka ‘dirampas’ oleh pemandu Uber.

Malangnya, video yang dimuat naik oleh pemandu teksi itu sendiri bagaimanapun dikecam netizen. Bagi netizen, tindakan sekumpulan pemandu teksi terbabit enggan menerima kenyataan bahawa kebanyakan pengguna kini memilih perkhidmatan Uber yang jauh lebih selesa dari teksi.

Video: Driver Uber Dimaki, Penumpang Kena Paksa Turun

“Pengguna punya duit, bukan driver teksi punya duit. Hak pengguna untuk memilih menggunakan perkhidmatan siapa,” komen Putra Along.

“Kalau teksi mmpunyai sistem yang sama seperti Uber, harga yang berpatutan macam Uber, service yang bagus sampai ambil ke depan rumah, kemungkinan tak akan berlaku kes begini. Pengguna ada hak masing-masing untuk pilih the best for them. #noworrynowar,” kata Marzain Matsun.

Selain itu, netizen yang berasal dari Sabah juga mendakwa kadar tambang perkhidmatan teksi semakin mahal dan tidak masuk akal.

“Kerana beberapa pemandu teksi perangai macam ni habis yang lain pun kena tempias. Ko mau teksi ko kena naik, ko pikir la rate kamu yang jauh lagi mahal. Apa hak suruh penumpang turun dari Uber?” pertikai Alfin Nasir.

Persoalannya di sini ialah apakah pengguna di Malaysia tidak berhak memilih sendiri perkhidmatan yang disukai mereka? Salah penggunakah jika mereka menolak perkhidmatan teksi yang dirasakan tidak begitu memuaskan? – MYNEWSHUB.CC

Tags: TeksiUber
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

Tiada Arahan Larang Teksi, e-Hailing Rentas Daerah, Negeri

21/01/2021
0

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengeluarkan arahan menghentikan operasi perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing untuk perjalanan rentas daerah dan negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd