• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chef Ismail Dipilih Wakili Malaysia Di Food Week Korea

oleh Ahmad Albab
24/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Chef selebriti, Datuk Ismail Ahmad atau dikenali sebagai Chef Ismail bakal mewakili negara dalam ‘Food Week Korea’ di Seoul, Korea Selatan, pada November ini bagi mempromosikan makanan tradisi Malaysia di sana.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah berkata pemilihan itu bertepatan dengan status Chef Ismail sebagai Duta Pelancongan (Makanan) di negara ini sejak tahun lepas.

“Kami yakin dengan kemahiran dan pengalaman beliau (Chef Ismail) dalam bidang masakan yang tentunya dapat menaikkan imej hidangan tempatan pelbagai kaum di negara kita kepada negara-negara ASEAN yang terlibat nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Eat. Travel. Write & Doodle’ sempena program Citrawarna@Kuala Lumpur 2016, di sini hari ini.

Food Week Korea, anjuran ASEAN Korean Centre bermula 2 hingga 5 November ini bakal menyaksikan penyertaan dari beberapa buah negara ASEAN yang akan memperkenalkan keunikan dan kehebatan makanan tempatan masing-masing di peringkat antarabangsa. – BERNAMA

Tags: chef
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bisnes Jamie Oliver Bankrap, 1,300 Bakal Hilang Kerja

22/05/2019
0

LONDON - Kira-kira 1,300 pekerja di rangkaian restoran Itali milik chef selebriti British, Jamie Oliver bakal hilang kerja selepas aset...

Tiada Chef Di White House, Atlet Dijamu Makanan Segera

21/01/2019
0

JIKA anda pergi ke White House dan mengharapkan dijamu dengan hidangan enak oleh chef terkemuka, anda mungkin tersilap! Presiden Donald...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd