• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Cipta Rekod Naik Tarif Air P.Pinang 3 Kali Sejak Perintah

oleh
24/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mengambil kesempatan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015, beliau sengaja menjadikan ia sebagai isu untuk menaikkan kadar air di Pulau Pinang.

Begitulah liciknya Ketua Menteri, Lim Guan Eng agar rakyat negeri itu tidak pula menyalahkan dirinya yang berjaya mungkir janji Tahun Baharu 2015 untuk sengaja meningkatkan tarif bil air pengguna di seluruh Pulau Mutiara.

Ada sesetengah sektor menyaksikan pertambahan kadar sehingga 400 peratus yang dianggap keterlaluan manakala tarif air pengguna kediaman secara purata naik 16.7 peratus dan pengguna komersial pula mencecah 18.8 peratus.

Setiausaha Agung DAP itu yang kini berdepan perbicaraan skandal banglo ‘harga diskaun’ dan salah guna kuasa kes hartanah projek flat murah, bagaimanapun mendakwa konon beliau sedia ‘dihukum’ kerana memungkiri janji sendiri.

pba2

“Kita bakal berhadapan kritikan kerana isu bil air ini kerana kita mahu pengurusan ke atas permintaan air adalah baik tanpa perlu kita melakukan catuan bekalan apabila kemarau berlaku pada masa depan,” dalih Guan Eng.

Beliau mendakwa konon langkah peningkatan tarif akan memaksa pengguna domestik mengurangkan pembaziran air tetapi hakikatnya ia meningkatkan keuntungan Perbadanan Bekalan Air (PBA), iaitu agensi kerajaan negeri itu.

Media tempatan melaporkan laba PBA Holdings naik mendadak sebanyak 182 peratus daripada hanya RM19.1 juta kepada RM53.7 juta dalam tempoh 12 bulan sebelum dan selepas kadar air dinaikkan pada 1 April 2015.

Ia adalah rekod dalam sejarah, namun ramai terlupa sepanjang Parti Gerakan memerintah Pulau Pinang selama 19 tahun, tiada kenaikan tarif air berlaku sehingga menjadikan bil air di negeri itu sebagai paling murah di Malaysia!

pba3

Malangnya, sejak DAP mengambil alih pentadbiran Komtar pada 2008 lalu, rakyat Pulau Pinang menderita apabila bil air mereka naik tiga kali iaitu 2011, 2013 dan 2015 dengan Guan Eng ‘bijak’ berselindung di sebalik istilah surcaj.

Bayangkan ia berlaku hanya dalam masa lima tahun dan beliau menyalahkan GST selain alasan wang kutipan bil air mahal itu konon berjaya menyelamatkan rakyat Pulau Pinang daripada masalah beban inflasi kos sara hidup tinggi.

Selaku Pengerusi PBA Holding, Guan Eng sewajarnya menerima pujian kerana berjaya meningkatkan keuntungan agensi itu waima mampu menaja mewah skuad bola sepak negeri ‘Harimau Kumbang’ dalam Liga Super 2016.

Namun memandangkan perbelanjaan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang naik empat kali ganda daripada RM280 juta kepada RM831 juta pada 2014 lalu, inilah langkah terbaik mengutip duit daripada rakyat secara senyap.

Jangan lupa, banyak cukai remeh lain dilaksanakan di negeri itu termasuk cukai katil hotel dan lebih hebat, caj parkir awam yang dikenakan hatta selepas waktu pejabat 6 petang dan hari cuti! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd