• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Siasat Aduan Produk Madu Import Memudaratkan

oleh AK-47
24/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Kementerian Kesihatan sedang menyiasat aduan produk madu yang diimport dari diimport dari luar negara yang didakwa mengandungi kandungan beracun dan bahan toksin yang tinggi, yang berada di pasaran tempatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sekiranya siasatan mendapati aduan itu betul, kementerian mempunyai kuasa untuk menghentikan barangan itu daripada diimport dan dijual.

“Bahagian Keselamatan Makanan (di bawah kementerian) sedang membuat semakan terhadap aduan itu.

“Selepas itu, kita akan lihat pada bukti-bukti yang ada, kemudian kita akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Denggi ASEAN dan Konvensyen Combi Peringkat Kebangsaan 2016, di Lotus Desaru, dekat sini, hari ini.

Dr Subramaniam berkata keputusan siasatan aduan berkenaan akan dikeluarkan minggu depan yang akan menentukan sama ada tuduhan itu betul atau palsu.

Baru-baru ini, beberapa portal asing mendakwa terdapat siasatan sedang dijalankan terhadap produk madu yang dikatakan mempunyai kandungan beracun dan toksin yang boleh memudaratkan kesihatan.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata peruntukan tambahan bagi Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) bagi Bajet 2017 telah dipohon dalam usahanya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya nyamuk aedes dan penyakit denggi.

Beliau berkata peranan Combi dilihat penting kerana tampil dengan pelbagai idea untuk mengurangkan kes denggi dan ini turut terbukti dengan penurunan kes denggi terutama yang melibatkan kematian.

“Dari Januari hingga 7 Sept lalu, sejumlah 77,144 kes demam denggi dengan 174 kematian dilaporkan di seluruh negara berbanding 84,457 kes dengan 232 kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

Dr Subramaniam berkata jumlah itu diterjemahkan kepada pengurangan kes kematian sebanyak 25 peratus.

Pada tahun lepas, kementerian menerima RM3 juta untuk program tersebut yang diagihkan kepada kira-kira 3,000 pasukan Combi yang dianggotai lebih 60,000 anggota di seluruh negara.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Norhisham Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Ayub Rahmat. – BERNAMA

Tags: Kementerian Kesihatanproduk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perlu Kawal Produk Berasaskan Bahan Kimia

Kerajaan Perlu Kawal Produk Berasaskan Bahan Kimia

12/06/2023
0

PUTRAJAYA – Pusat Racun Negara (PRN) menggesa kerajaan agar mewujudkan kawalan terhadap produk berasaskan bahan kimia yang digunakan di rumah...

Harjeet Singh Dilantik KSU Kementerian Kesihatan

11/04/2022
0

PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan , Datuk Harjeet Singh dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU), kementerian berkenaan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd