• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Hancur Kalau Irina Dipilih Jadi S/U Agung

oleh
23/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Panik menduduki nombor kelima dalam siri pengundian atau straw polls Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Irina Bokova ternyata bukanlah calon popular.

Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu malah jatuh dua anak tangga dalam pengundian keempat iaitu terbaharu pada 9 September waima dianggap calon pilihan.

Bekas menteri luar Bulgaria itu merupakan antara 12 calon yang merebut jawatan Setiausaha Agung PBB bagi menggantikan Ban Ki Moon susulan akan tamat mandat cukup maksimum dua penggal pada 31 Disember ini.

Setakat ini, bekas perdana menteri Portugal, Antonio Guterres dianggap bakal penyandang jawatan panas itu kerana konsisten mendapat sokongan majoriti daripada 15 anggota Majlis Keselamatan PBB termasuk kuasa besar dunia.

Untuk menjadi Setiausaha Agung PBB yang baharu, calon mendapat seumpama ‘bonus’ apabila diundi mana-mana lima kuasa tersebut sama ada Amerika Syarikat (AS), Rusia, China, Britain atau Perancis. Begitu jugalah sebaliknya!

Lima negara itu boleh tolak calon tidak disukai menerusi undi veto kerana dianggap tidak sesuai berkhidmat untuk mereka. Inilah nasib menimpa Cristiana Figueres (Costa Rica), Igor Luksic (Motenegro) dan Vesna Pusic (Croatia).

Justeru baki sembilan calon lagi termasuk Irina bukan sahaja terpaksa ‘bodek’ kuasa dunia, bahkan berdoa tidak menerima veto sambil berharap lagi 10 negara bukan anggota tetap termasuk wakil Malaysia mengundi mereka.

PBB Hancur Kalau Irina Dipilih Jadi S/U Agung
Irina Bokova (kiri) dengan Ban Ki Moon.

Berdasarkan World Federation of United Nations Associations, dua anggota tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu AS dan Britain tidak menyokong Irina di sebalik kempen ‘pilihlah wanita’ menjadi Setiausaha Agung badan dunia itu.

Ini bukan kerana PBB antiwanita namun ada banyak faktor diambil kira tanpa kira gender. Selain Irina, ada tiga calon wanita lain: Susana Malcorra (Argentina), Helen Clark (New Zealand) dan Natalia Gherman (Moldova).

Mereka jauh di tempat tercorot waima memiliki latar belakang kerjaya dan pengalaman hebat. Irina ketika ini ketinggalan di belakang Guteres, Miroslav Lajcak (Slovak), Vuc Jeremic (Serbia) dan Srgjan Kerim (Macedonia).

Proses pemilihan diadakan secara tertutup dengan undi sama ada sokong, tidak sokong atau tiada pandangan.  Berdasarkan situasi ini, eloklah jika Irina gagal jadi Setiausaha Agung PBB, jika tidak tentu kucar kacir dibuatnya.

Bayangkan dalam isu terbaharu iaitu pengeluaran nama Datin Seri Rosmah Mansor secara mengejut daripada menerima anugerah Lead By Example oleh pihak UNESCO, Irina langsung tidak memohon maaf sedikit pun.

Hatta dalam kenyataan media terkininya bertarikh 22 September, beliau sekadar memuji inisiatif diambil Rosmah sebagai Wanita Pertama Malaysia dalam usaha penubuhan program Permata Negara untuk kanak-kanak istimewa.

PBB Hancur Kalau Irina Dipilih Jadi S/U Agung

Sepatutnya sebagai seseorang ketua dalam organisasi sebesar itu, beliau perlu memeriksa dan menyiasat tuduhan liar yang dilemparkan pihak tertentu terhadap Rosmah dan Permata yang difitnah konon mendapat dana diragui.

Jika hal sekecil ini pun tidak dapat diatasinya, bagaimana beliau mahu memimpin badan dunia itu kelak yang jauh kompleks. Setiausaha Agung disifatkan sebagai pemimpin PBB dan pangkat diplomatik yang tertinggi di dunia.

Oleh itu mereka yang dipilih ke jawatan berkenaan mempunyai tugas yang sangat berat kerana peranan dimainkan bukan calang-calang apatah lagi geopolitik antarabangsa dengan pelbagai konflik kemanusiaan masih berterusan.

Menggalas jawatan paling elit dalam PBB, penyandang harus memikirkan cara penyelesaian pertikaian global, mentadbir operasi keamanan dan mengatur persidangan antarabangsa. Namun mampukah Irina melakukannya?

Setakat ini banyak negara mempertikaikan kredibiliti Irina dan terbaharu, China. Manakala Malaysia dijangka tiada masalah untuk tidak undi Irina susulan isu penarikan balik anugerah UNESCO itu sebagai tanda protes senyap.

Pengaruh diplomatik Malaysia dan China dalam PBB tidak dipandang ringan sehingga semua calon berebut-rebut ‘memikat’ wakil dua negara Asia itu. Inilah kehebatan kuasa kedaulatan negara! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ban Ki-moonIrina Bokova
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kashmir: Ban Ki-moon Tawar Diri Jadi Orang Tengah

01/10/2016
0

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, pada Jumaat menawarkan diri menjadi orang tengah antara India...

PBB Terus Perjuang Kebebasan Media – Ban Ki-moon

25/05/2016
0

INCHEON, KOREA SELATAN - Media yang bebas dan bertanggungjawab mampu membantu masyarakat dunia menegakkan hak asasi manusia, keadilan, maruah dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd