• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Nur Darleen Dazeera Dikenal Pasti – Polis

oleh Ahmad Albab
24/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis mengenal pasti seorang daripada dua suspek yang dipercayai melarikan pelajar tingkatan tiga, Nur Darleen Dazeera Azhar di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata suspek berusia 25 tahun itu merupakan seorang penggangur dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Katanya suspek dipercayai menetap berhampiran rumah mangsa namun, beliau enggan memperinci sama ada mereka saling mengenali.

“Suspek ini akan kita tahan secepat mungkin dan dari situ, kita yakin seorang lagi rakan subahatnya akan turut dikesan dan ditahan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Karnival 1AmanWeek di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, Nur Darleen, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, dilarikan dua lelaki bermotosikal ketika menunggu van sekolah di hadapan rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn.

Bagaimanapun, beliau ditemui selamat oleh orang awam berdekatan sebuah pasar raya kira-kira tujuh jam kemudian selepas dipercayai ditinggalkan dua lelaki berkenaan di kawasan itu setelah berita mengenai kejadian tersebut tersebar di laman sosial.

Othman berkata selain memburu dua suspek itu, pihaknya juga akan mengambil keterangan beberapa saksi lain bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 363 iaitu kesalahan melakukan penculikan, katanya sambil memberitahu bahawa pihaknya turut menyiasat semua aspek termasuk kemungkinan wujudnya elemen rekaan penculikan dalam kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: kes culikpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd