• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Di Daerah Selangor Pulih Berperingkat Hari Ini

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekalan air di beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang terjejas sementara sejak semalam dijangka pulih secara berperingkat bermula awal pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat, Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang dihenti tugas sejak enam petang semalam akibat pencemaran air mentah telah kembali beroperasi.

“Paras air di semua kawasan terbabit sedang dipantau rapi. Bantuan bekalan air menggunakan lori tangki air telah dihantar ke kawasan terlibat sehingga paras air di semua kolam takungan air stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kawasan yang terlibat dalam daerah Petaling adalah USJ 1 hingga 27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang, manakala kawasan terjejas di Hulu Langat adalah Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching.

Bagi daerah Kuala Langat pula ia melibatkan Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang, manakala daerah Sepang melibatkan Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sungai Merab.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui aplikasi telefon pintar ‘mySYABAS’ atau melayari www.syabas.com.my – BERNAMA

Tags: bekalan airSyabas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd