• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ifa Raziah Diundang Jadi Juri Program Realiti Indonesia

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dangdut Ifa Raziah tidak menyangka dia menerima tawaran untuk bertindak sebagai pengkritik tetap program realiti popular Indonesia iaitu D’Academy Asia musim kedua.

Ifa, 41, berkata, dia menerima tawaran tersebut daripada penerbit program berkenaan iaitu Ekin Gabriel menerusi satu panggilan telefon baru-baru ini.

“Alhamdulillah saya tidak sangka pertemuan secara kebetulan dengan Pak Ekin Gabriel pada majlis rumah terbuka Persatuan Bintang Dangdut Malaysia pada Ogos lalu membuka rezeki kepada saya.

“Ketika itu saya pelik juga Pak Ekin Gabriel merakam video saya dan beberapa penyanyi dangdut lain pada majlis itu rupa-rupanya ia satu uji bakat bagi memilih pengkritik tetap untuk mewakili Malaysia pada pertandingan itu,” katanya kepada mStar Online.

Ifa ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Terus Terang di sini, Khamis.

Ifa Raziah Diundang Jadi Juri Program Realiti Indonesia
Ifa Raziah

Dalam pada itu, Ifa berkata, dia juga berterima kasih kepada komposer terkenal Pak Ngah dan penyanyi dangdut Singapura, Rosalina Musa yang bertanggungjawab mencadangkan namanya kepada pihak produksi program itu.

Katanya, peluang itu bukan sahaja memberi penghormatan kepada artis dangdut Malaysia tetapi sebagai wakil Bintang.

Tambahnya, D’Academy Asia bakal bersiaran bermula Oktober depan dan penyanyi Mas Idayu juga sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengkritik tetap.

“Insya-Allah saya akan berada di Jakarta sehingga selesai program itu yang dijangka Januari tahun depan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ifa berkata, sebelum tampil dengan Terus Terang dia terlebih dahulu membuat kajian tentang jenis lagu yang digemari pendengar masa kini.

Kata Ifa, dia menyerahkan seratus peratus kepada DJ Fuzz dalam mencipta arah tuju lagu berkenaan kerana yakin komposer itu mampu menghasilkan lagu yang digemari pendengar.

“Ketika bertemu DJ Fuzz dia memberitahu tidak pandai mencipta lagu dangdut tetapi saya beri kebebasan dan kepercayaan kepadanya untuk mencipta lagu untuk saya.

“Alhamdulillah dia tampil dengan lagu yang cukup sesuai dan kena dengan saya,” katanya. – mStar Online

Tags: Ifa raziahJuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Dia Peluk Sebab Nak Pujuk” – Ifa Raziah

24/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Artis serba boleh, Ifa Raziah menyifatkan, isu foto Datuk Boy Iman memeluknya yang dimuat naik di laman...

Netizen Tertipu, Sheeda ‘Serang’ Ifa Raziah Hanya Propa

12/07/2018
0

KECOH seketika laman sosial gara-gara satu video yang membabitkan dua penyanyi dangdut iaitu Ifa Raziah dan juga Sheeda bertegang lidah....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd