• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makin Ramai Rakyat Arab Saudi Pilih Tren Laju

oleh
23/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Operator kereta api kebangsaan, Saudi Railways Organization (SRO) terpaksa menambah jumlah kekerapan perjalanan susulan peningkatan mendadak penumpang perkhidmatan tren lajunya.

Menurut portal berita tempatan berpengaruh Arab News, bermula 18 September lalu jumlah perjalanan antara Riyadh, Damman dan Hufuf ditambah kepada 238 kali seminggu serentak dengan kalendar baharu persekolahan.

Frekuensi perjalanan antara Riyadh dengan Damman di timur Arab Saudi berhampiran Bahrain ditambah menjadi 82 kali per minggu. Jarak dua bandar raya ini 411 kilometer atau hampir empat jam perjalanan dengan kereta.

Manakala 68 kali trip tren laju disediakan seminggu antara ibu kota Riyadh dengan Hufuf, sebuah bandar di timur laut negara itu yang berjarak 323 kilometer atau hampir tiga jam perjalanan dengan pemanduan kereta biasa.

SRO yang ditubuhkan sejak 1966 itu turut meningkatkan kekerapan perkhidmatan antara Damman dan Hufuf yang berjarak hanya 162 kilometer atau hampir dua jam dengan pemanduan kereta kepada 88 kali setiap minggu.

Jadual baharu itu turut melibatkan stesen Abqaiq dengan menyaksikan keseluruhan 61 trip seminggu antara Riyadh, Dammam dan Hufuf; iaitu termasuk 30 trip ke Damman dan 31 trip ke Hufuf dan sambung terus ke Riyadh.

Baca: Tren Laju Makkah-Madinah Ganti Operasi Bas

Makin Ramai Rakyat Arab Saudi Pilih Tren Laju

Secara kebetulan, 13 Mei lalu merupakan sambutan jubli emas SRO yang sudah berusia 50 tahun dan pertambahan trip itu sekali gus membuktikan pertambahan tinggi permintaan selain memberi keselesaan kepada penumpang.

Sepanjang lapan bulan pertama tahun ini, SRO mencatatkan rekod jumlah penumpang tertinggi kira-kira 880,000 penumpang iaitu peningkatan hampir 50,000 penumpang berbanding tempoh yang sama untuk tahun lalu.

Agensi berkenaan memiliki 10 buah tren laju lapan gerabak jenis DMU yang mampu memecut 180 kilometer sejam dibina syarikat pembuatan kereta api terkenal dari Sepanyol,  Construcciones y Auxiliar de Ferrocarriles (CAF).

SRO turut mempunyai enam buah tren laju untuk operasi jarak jauh laluan utara-selatan antara stesen Riyadh dengan Nariyah meliputi perjalanan 1,130 kilometer melibatkan perkhidmatan ekspres siang dan malam.

Operasi waktu siang melibatkan tren sembilan gerabak berkapasiti maksimum 444 penumpang manakala sebelah malam pula tren 13 gerabak termasuk koc khas dengan tempat tidur. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab Saudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd