• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Hilang Ketika Berkayak Ditemukan Mati Lemas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang pelajar sekolah yang dilaporkan hilang ketika bermain kayak bersama enam rakannya petang semalam, ditemukan lemas di Sungai Demit dekat Kampung Gu di sini, malam tadi.

Mayat Nik Hafizan Kamaruddin, 13, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian 2, ditemukan 11.15 malam tadi oleh orang ramai yang membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan mangsa pada 5.50 petang semalam dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian bersama 15 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Pasukan penyelamat memulakan operasi mengesan mangsa di kawasan yang dilaporkan hilang pada 6 petang sebaik tiba dan ditangguhkan seketika pada 7.30 malam akibat hujan lebat.

“Mayat mangsa ditemukan kira-kira 30 meter dari tempat dia bermain kayak dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Zaini berkata sebelum hilang mangsa dikatakan menaiki sebuah kayak bersama dua rakannya sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Beliau berkata dua rakannya dikatakan cuba menyelamatkan mangsa dengan menghulurkan pendayung tetapi mangsa gagal mencapainya sebelum tenggelam. – BERNAMA

Tags: mati lemaspelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd