KEJAM…Â Seorang ibu sanggup membunuh anaknya kerana tidak mahu kelahiran bayinya diketahui umum.
Dalam kejadian di Bukit Parah, Melaka, awal pagi Rabu lalu, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dipercayai menekup mulut anaknya kerana menangis.
Kejadian tersebut dimaklumkan kepada teman lelakinya berusia 17 tahun sebelum diketahui oleh ibu bapa kedua-dua mereka.
Bapa remaja perempuan berkenaan membawa bayi perempuan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan kira-kira jam 1.30 pagi sebelum disahkan meninggal dunia.
Harian Metro melaporkan, remaja perempuan tersebut mengaku menekup mulut bayinya yang baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan kejadian tersebut dan pasangan kekasih itu ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana membunuh anak selepas kelahiran.-MYNEWSHUB.CC

