• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Uncle David Dan Keperihatinan Netizen

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

TAHUN lalu, kisah seorang warga emas yang cari rezeki dengan jual anak patung ‘soft toy’ di sekitar Damansara, Selangor pernah menjadi viral dan berjaya melahirkan rasa prihatin dalam kalangan masyarakat tempatan.

Buat anda yang tidak mengenalinya, insan yang kami maksudkan ini ialah Uncle David. Seorang warga emas berusia 65 tahun, yang tetap gigih berniaga secara kecil-kecilan demi membiayai pelajaran anaknya dan juga bagi menampung kos rawatan penyakit kanser yang dihidapinya.

Setiap hari, Uncle david akan berjalan sejauh beberapa kilometer sambil membawa anak patung di sekitar kawasan Bank HSBC Damansara sehinggalah ke Uptown Damansara.

Namun baru-baru ini, Uncle David sekali lagi menjadi perhatian warga Internet apabila gambar beliau dikelilingi timbunan patung-patung pokemon dikongsi menerusi laman sosial.

Kisah Uncle David Dan Keperihatinan Netizen

Mungkin anda merasakan perniagaannya seakan menerima sambutan namun jangan tersilap, dia sebenarnya telah ditipu oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab.

Individu tersebut difahamkan telah memesan sebanyak 250 anak patung daripada Uncle David, namun apabila tiba pada hari yang dijanjikan, individu berkenaan tidak muncul-muncul untuk mengambil anak patung.

Bayangkan apa perasaan beliau apabila perlu mengeluarkan modal dahulu, datang daripada Cheras menaiki kenderaan awam mengendong 250 ekor mainan pokemon ke Damansara, tetapi jadi begini.

Kini, hendak atau taknak, Uncle David terpaksa menjual kesemua patung-patung ini sendiri untuk menghabiskan stok.

Berikutan kejadian itu, ramai netizen telah memuat naik gambar terbaharunya itu dengan kapsyen berbunyi: “Tolonglah Uncle ini, seorang lelaki tidak bertanggungjawab telah tempah 250 ekor patung pokemon daripadanya namun tidak datang ambil.

“Sekarang Uncle David kekurangan wang selepas membeli stok, sila kongsi dan tolong Uncle ini,” tulis kebanyakan orang ramai seperti yang dipetik daripada portal worldofbuzz.

Uncle David’s life story, posted on 6/9/2016. After hearing what happened to him today, it just breaks my heart. 😢

https://t.co/lh9F2beWwR

— ainstein (@ainhmizahh) September 20, 2016

Sejak berita Uncle David menjadi viral dari semalam, dikatakan orang ramai telah pergi kepada beliau membantu dengan membeli mainan-mainan berkenaan.

Kisah Uncle David Dan Keperihatinan Netizen

Kisah Uncle David Dan Keperihatinan Netizen

Kesemua patung mainan Uncle David telah terjual tepat pada jam 12 tengah hari dan keperihatinan yang ditunjukkan oleh orang ramai bagi kami adalah sangat berharga, tahniah rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: facebookkemiskinan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd