• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Otai DAP Akui LKS Perguna Tun M Untuk Guling BN

oleh
21/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI peminat cerita politik kedai kopi, semua maklum Mahathir Mohamad memang sanggup buat apa sahaja demi ‘guling’ kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.

Asalnya cuba ‘jaja’ isu konon 1MDB korup, berkempen calon pembangkang ketika pilihan raya kecil, Deklarasi Rakyat, tubuh parti sendiri hinggalah jumpa Yang di-Pertuan Agong yang mulanya didakwa dikurung dalam rumah.

Hal ini ramai yang tahu… tetapi siapa sangka kali ini boleh keluar daripada mulut bekas orang kuat DAP sendiri, Hew Kuan Yau, yang menjelaskan kenapa Lim Kit Siang bekerjasama dengan Mahathir untuk menumbangkan BN.

Video sensasi si otai daripada parti berlogo roket ini yang secara terbuka mendakwa Kit Siang sendiri sengaja menggunakan Mahathir untuk menggulingkan perdana menteri mendapat perhatian netizen malah ramai terkejut!

Menerusi video yang disiarkan laman Facebook MyNation News pada Isnin, Kuan Yau, yang juga dikenali sebagai ‘Superman’ kerana gemar memakai baju-T dengan logo adiwira tersebut menggunakan ungkapan ‘qi ma sa ji’.

Ia bawa maksud ‘tunggang kuda untuk bunuh ayam’. Kuan Yau mendakwa Kit Siang telah berjaya menggunakan Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia bagi agenda kempen DAP, Selamatkan Malaysia.

“Kami guna Mahathir untuk bunuh ayam,” katanya dalam klip video berdurasi 43 saat itu, sambil mendakwa penasihat DAP itu telah mencari pelbagai cara untuk ‘menyelamatkan Malaysia’ sejak sekian lama tetapi gagal.

“Kami (DAP) menyelamatkan Mahathir dan kami telah mempergunakan beliau sebagai alat demi mengalahkan Najib. Jika anda mahu saya diam, saya hanya akan lebih kuat bersuara, hanya selepas itu anda akan takut,” katanya.

Namun, tidak jelas mesej itu sebenarnya ditujukan kepada siapa. Kuan Yau, Ketua DAP Teluk Intan mengumumkan keluar parti pada Julai lalu dengan menyatakan bahawa langkah itu konon adalah untuk ‘gambaran besar’ DAP.

Kelakarnya, beliau berkata, musuh politik DAP telah menggunakan dirinya sebagai alasan untuk menyerang parti, sambil menambah kata-kata beliau telah diputar belit oleh ‘cybertrooper’ BN pula. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

02/07/2026
0

BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan DUN Penggaram sekali lagi menjadi antara kerusi yang paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd