• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 600 Graduan UPSI Peroleh Ijazah Kelas Pertama

oleh Ahmad Albab
21/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Sebanyak 646 graduan Ijazah Sarjana Muda Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menamatkan pengajian dengan memperoleh keputusan ijazah kelas pertama daripada keseluruhan 5,582 mahasiswa yang menerima pengijazahan, kali ini.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa berkata bilangan graduan yang mendapat ijazah kelas kedua pula adalah seramai 4,310, manakala 626 lagi memperoleh kelas kedua bawah.

“Lebih membanggakan, 90 peratus graduan UPSI telah mendapat pekerjaan pada tarikh konvensyen dan pencapaian itu adalah antara yang terbaik dalam kalangan universiti awam,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Istiadat Konvokesyen UPSI ke-18 di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di sini hari ini yang rasmikan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, selaku Canselor UPSI.

Pada istiadat berkenaan, UPSI menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 9,304 graduan selain menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Pendidikan kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom sebagai mengiktiraf sumbangan beliau selama 35 tahun dalam bidang pendidikan.

Menurut Zakaria UPSI kini mempunyai sebanyak 23,037 mahasiswa dengan 16,757 daripadanya mengikuti pengajian di peringkat prasiswazah manakala 6,280 peringkat pascasiswazah.

Sementara itu, Alimuddin, 64, melahirkan penghargaan terhadap anugerah berprestij yang diberi kepadanya dan menyifatkan ia sebagai suatu penghormatan tertinggi.

“Saya yakin penganugerahan ini tentunya membanggakan bapa saya sekiranya beliau masih ada. Arwah merupakan bekas guru besar yang dikenali ‘Anak Kandung Suluh Budiman’ dan merupakan lepasan Sultan Idris Training Collge (nama UPSI sebelum ini),” katanya.

Anak kelahiran Kampung Mandailing, Batu 17, Air Tawar, Perak itu memulakan karier sebagai guru selepas tamat pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1976 sehingga mencapai kemuncak kerja apabila dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran sebelum bersara pada 2010.

Menyentuh sistem pendidikan negara, Alimuddin berkata Malaysia kini berada di landasan yang betul dan segala pembaharuan dasar oleh kerajaan memberi kebaikan kepada anak bangsa.

Tambahnya, Malaysia turut menjadi tumpuan pelajar asing daripada seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian sama ada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta yang jumlahnya kini mencecah 100,000 orang. – BERNAMA

Tags: ijazahUPSI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

02/04/2026
0

Sambutan Global yang Semakin Bermakna Setiap 2 April, dunia memperingati Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang telah diisytiharkan oleh United Nations...

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD Di UPSI

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD Di UPSI

12/11/2025
0

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD di UPSI

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd