• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembinaan Kampus UiTM Rembau Hampir Siap

oleh Ahmad Albab
20/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Projek pembinaan Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau di Kundur dekat sini kini hampir siap dan dijangka mula beroperasi awal tahun depan.

Penyelaras Kampus UiTM Rembau, Siti Faidul Maisarah Abdullah berkata pembinaan kampus itu telah siap 99 peratus dan kini dalam peringkat akhir.

“Apabila siap sepenuhnya kelak, ia akan menjadi kampus UiTM yang ketiga di Negeri Sembilan selepas Kuala Pilah dan Seremban 3,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya mengikut perancangan, kampus itu dijangka mula menerima pelajar secara berperingkat mulai awal tahun depan.

Menurut Siti Faidul Maisarah, kampus itu dijangka menerima 1,500 pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Pengurusan Maklumat (750 pelajar) dan Fakulti Pengurusan Perniagaan (750 pelajar).

Pembinaan Kampus UiTM Rembau di kawasan seluas 32.4 hektar merangkumi blok akademik termasuk blok dewan kuliah, pejabat hal ehwal akademik dan blok pentadbiran utama (perpustakaan, dewan serbaguna dan kafetaria).

Selain itu, ia turut mempunyai blok kediaman (blok asrama pelajar, pejabat pengurusan kolej serta rumah pegawai pembangunan pelajar) manakala fasiliti lain ialah pusat kesihatan, pusat pelajar, pejabat penyelenggaraan, surau dan pejabat Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) serta pos Polis Bantuan.

Selain itu, kampus tersebut turut mempunyai kemudahan sukan seperti padang bola sepak, gelanggang tenis, gelanggang bola jaring, gelanggang sepak takraw dan gelanggang futsal serta pejabat Unit Sukan dan stor peralatan sukan. – BERNAMA

Tags: Negeri SembilanUiTM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias hadir menyaksikan Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah...

BERSIH Muncul Kritik Jawatan Timbalan Exco Negeri Sembilan

BERSIH Muncul Kritik Jawatan Timbalan Exco Negeri Sembilan

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kembali menjadi perhatian apabila muncul mempersoalkan cadangan mewujudkan jawatan Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd