• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidek Kamiso Antara 3 Ditahan Susulan Tweet Hina Islam

oleh AK-47
20/09/2016
dalam Jenayah, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas wartawan Sidek Kamiso telah disahkan sebagai salah seorang daripada tiga yang ditahan oleh pihak polis berhubung tuduhan menghina agama Islam selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr. Haron Din.

Peguam Sidek, Siti Kasim, memberitahu portal FMT bahawa pihak polis telah membawa Sidek ke Johor Bahru untuk membuat permohonan reman terhadapnya, tetapi dia tidak tahu mengapa anak guamnya ditahan dan direman.

“Sidek telah dibawa ke Johor Bahru, Kami mempunyai seorang peguam di Johor, Roger Chan, yang akan mewakili Sidek kerana saya tidak dapat ke sana,” jelas Siti lagi.

Siti turut menerangkan bahawa pihak polis telah menahan Sidek pada pukul 4.30 pagi di rumahnya dan dia tidak tahu lokasi balai polis anak guamnya dibawa.

“Kami tidak tahu di mana mereka bawa Sidek. Dia telah menelefon isterinya pada pukul 10 pagi tadi, memberitahu bahawa dia berada di Semarak. Nombor yang digunakan untuk menghubungi ahli keluarganya adalah daripada Bukit Aman,” kata Siti lagi.

“Kami tidak tahu mengapa dia telah ditahan, selain daripada maklumat yang didapati menerusi sidang akhbar polis yang mengatakan bahawa dia telah menghina Islam. Kami akan kenalpasti dia ditahan atas Akta apa,” katanya.

Tambah Siti lagi, dia kecewa dengan sikap pihak polis.

“Mereka acuh-tidak acuh melayan pertanyaan saya mengenai Sidek yang dibawa ke Johor untuk direman. Pihak polis sepatutnya memberitahu ahli keluarganya tentang perkara ini,”.

Sementara itu, isteri Sidek, Norlin Wan Musa, telah mengirimkan status di akaun Facebook miliknya tentang insiden bagaimana dua pegawai polis yang berpakaian awam telah melompat ke dalam pagar rumah mereka dan mengetuk pintu dengan kuat, meminta untuk dibenarkan masuk pada pukul 4.40 pagi.

Sidek berkali-kali meminta untuk melihat waran tangkap tetapi polis tersebut enggan menunjukkannya.

“Salah seorang daripada mereka menunjukkan sepintas lalu seperti kad ID polisnya tetapi saya tidak dapat lihat dengan jelas,” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini enggan mendedahkan nama individu yang disiasat berhubung posting di Twitter dan Facebook yang didakwa menghina Islam.-MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Dr Haron Dinhina islamsidek kamisoTwitter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau dihubungi oleh peguam kepada penuntut sebuah universiti...

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

02/03/2026
0

Lelaki pihak Al Quran didakwa seorang mualaf.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd