• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Gagal Cubaan Seludup Barangan Bernilai Lebih RM37j

oleh Ahmad Albab
19/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kastam Sabah merampas pelbagai jenis barangan bernilai RM37.14 juta termasuk cukai yang merupakan rampasan terbesar pernah dibuat di Sabah yang cuba diseludup masuk minggu lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Paddy Abd Halim berkata barangan yang dirampas termasuk minuman keras, tayar, rokok dan beras yang disimpan di dalam 62 buah kontena di Pelabuhan Sepanggar antara 12 Sept hingga 14 Sept lalu.

Beliau berkata minuman itu berupa 853,776 liter bir yang disimpan di dalam 49 kontena dengan nilai RM2.67 juta dan nilai duti import sebanyak RM30.03 juta manakala 11 juta batang rokok bernilai RM0.88 juta dengan duti import sebanyak RM6.30 juta di dalam satu kontena.

Beras yang dirampas pula ialah sebanyak 25,000kg atau 500 beg yang disimpan di dalam satu kontena bernilai RM0.04 juta dengan cukai import sebanyak RM0.01 juta manakala 11,000 biji tayar dijumpai di dalam 11 kontena dengan nilai RM1.65 juta dengan nilai cukai import sebanyak RM0.80 juta, katanya.

“Modus operandi yang digunakan adalah pengikraran yang tidak benar ke atas barangan yang memerlukan lesen import bagi pengimportannya.

“Bir, rokok, tayar dan beras yang memerlukan lesen import telah diikrar sebagai ‘household goods’, machenary, hardware dan lain-lain bagi mengelakkan dari mengemukakan lesen import semasa pengimportannya,” kata Paddy kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata bir dan rokok berkenaan dipecayai dibawa masuk dari Singapura dan Vietnam, tayar daripada Hong Kong dan China namun pihak Kastam masih menyiasat sama ada pengimportan barangan itu melibatkan syarikat yang sah atau tidak.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan aktiviti penyeludupan itu melibatkan sindiket namun perkara itu masih dalam siasatan.

Kejayaan ini adalah merupakan perolehan terbesar di Sabah hasil daripada pengurusan dan analisa risiko ‘Collaboration Border Management’ (CBM) yang telah ditubuhkan di Pelabuhan Sepanggar pada awal bulan Sept 2016.

Menurut Paddy, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) dan 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga 20 kali ganda dari nilai barangan atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Tags: Kastamseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd