• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jauhi Fitnah Dalam Rawatan: Dr. Haron Din

oleh Ahmad Albab
19/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang menjadi penjaga kolum tulisan Datuk Dr. Haron Din di Mingguan Malaysia sekitar tahun 1994 dan 1995, saya sempat mengikuti beberapa siri perubatan yang dijalankan oleh allahyarham.

Antaranya, seorang wanita muda yang hadir dengan masih memakai gaun pengantin. Sejak subuh ketika orang sudah ramai di Pusat Rawatan Darul Syifa di Bangi, pengantin perempuan ini kelihatan sangat agresif dan asyik merenung tajam setiap orang lalu-lalang serta bercakap dengan suara terjerit-jerit.

Dia dibawa masuk ke dalam bilik rawatan setelah selesai sesi bacaan Yassin diadakan pada awal pagi.

Di dalam bilik, pengantin muda berusia awal dua puluhan ini terus menjerit-jerit. Apabila Dr. Haron memulakan rawatan, mata perempuan ini bertukar menjadi sangat merah dan terbeliak. Dia mula memaki-hamun dan ditujukan pada Dr. Haron Din.

Sebagai perawat, Dr. Haron Din meneruskan sesi rukyah hingga selesai. Pengantin muda ini dengan gaun dan inai merah di jari, akhirnya rebah dan pengsan sekitar sepuluh saat.

Setelah mukanya disapu air, dia sedar dan nampak sangat keliru.

Mesej penting dalam kisah ini berlaku apabila ibu pengantin bertanya pada Dr. Haron Din: “Anak saya terkena buatan orang. Saya nak tahu siapa yang buat anak saya sampai tak boleh naik pelamin?”

Dr. Haron Din menjawab: “Kita rawat. Insyaallah pulih. Bersabarlah.”

Ketika pengantin perempuan sudah boleh bangun dan nampak letih sekali, dia cuba bercerita apa yang dialaminya. Hampir menyebut nama seseorang.

Dr. Haron Din menegurnya: “Isytifar. Banyakkan Isytifar….”

Ibu pengantin ini kelihatan tidak berpuas hati dan bertanya lagi dengan soalan mendesak: “Siapa buat anak saya sampai begini, Datuk?”

Dr. Haron Din tersenyum dan menjawab: “Kita rawat. Insyaallah pulih.”

Melihatkan Dr. Haron Din terus tidak menjawab pertanyaan, sedangkan pengantin perempuan seakan-akan mahu menyebut nama seseorang, ibunya bertanya dengan suara yang tinggi.

“Saya dah agak mesti bekas kekasihnya yang buat sampai jadi macam ini!”

Dr. Haron Din memandang wanita itu dan berkata dengan tegas: “Saya merawat orang sakit. Saya tak berminat dengan soal menuduh orang. Jangan babitkan orang. Nanti jadi fitnah. Kita rawat dan berdoa pada Allah supaya dia sembuh.”

Wanita itu terdiam. Sejak itu saya kenal kaedah rawatan Dr. Haron Din. Kita merawat dan berdoa pada Allah untuk kesembuhan. Merawat bukan menyebarkan fitnah dengan mengaitkan mana-mana orang.

Merawat ialah berusaha dan berdoa kepada Allah.

Oleh: Zainal Rashid Ahmad

Tags: Datuk Dr Haron DinPengamal perubatan islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Abu Hassan Din Dilarang Ceramah Agama Di Johor

02/05/2019
0

JOHOR BAHRU - Tokoh agamawan tanah air, Datuk Abu Hassan Din dilarang untuk menyampaikan sebarang ceramah agama di seluruh Johor...

Caj Mahal: Ada Kad Rawatan Mental OKU Rupanya…

19/10/2016
0

SALAH seorang daripada pasangan suami isteri pengusaha sebuah pusat rawatan Islam di Jasin, Melaka yang menjadi kontroversi gara-gara caj melampau RM32,800...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd