• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Bakal Ada Penerbangan Terus Dari Haikou, China

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Melaka bakal menerima penerbangan terus secara carter dari bandar Haikou di wilayah Hainan, China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini, dijangka pada suku pertama tahun depan.

Exco Pengangkutan, Pemulihan Projek dan Perdagangan Antarabangsa Melaka, Datuk Lim Ban Hong berkata usaha berkenaan sedang dalam perbincangan dengan beberapa syarikat penerbangan di Hainan dan menunjukkan reaksi positif.

“Ini merupakan perancangan kerajaan negeri Melaka dalam merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi negeri sekiranya penerbangan secara terus berkenaan dapat direalisasikan dalam tempoh enam bulan lagi.

“Ia juga sejajar dengan matlamat yang ditetapkan kerajaan persekutuan untuk menarik lapan juta pelancong China dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya kepada pemberita pada majlis pecah tanah hotel dan pangsapuri servis Hyatt Place di Pulau Melaka di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, katanya penerbangan secara terus itu akan turut menyediakan pakej penginapan dan lawatan ke destinasi menarik di negeri ini dengan kerjasama syarikat pelancongan di Melaka dan Hainan.

Lim berkata pakej pelancongan berkenaan dijangka akan membantu meningkatkan ekonomi semua pemain dalam industri pelancongan termasuk perhotelan, makanan dan cenderahati.

Beliau berkata sekiranya berjaya, usaha berkenaan merupakan yang kedua dilakukan bagi menarik kedatangan pelancong China terus ke Melaka selepas bermulanya penerbangan pertama secara terus dan carter dari Guangzhou di wilayah Guangdong pada 29 Sept depan.

Katanya selain itu, daerah Quangxi yang terletak di selatan China juga antara destinasi penerbangan terus yang dalam perbincangan untuk dilaksanakan pada masa hadapan.

“Kerajaan negeri Melaka sangat mengalu-alukan mana-mana pihak atau syarikat penerbangan yang ingin melakukan penerbangan secara terus dan carter ke negeri ini terutama dari China,” katanya.

Beliau berkata pasaran China merupakan antara pasaran terbesar bagi kedatangan pelancong ke Malaysia yang dilihat dapat meningkatkan sektor pelancongan Melaka. – BERNAMA

Tags: lapangan terbangMelaka
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

21/10/2026
0

SEPANG – Unit anjing pengesan (K9) akan mula ditempatkan di beberapa lokasi strategik dalam terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd