ALOR SETAR – Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas kereta dinaiki bersama tiga ahli keluarganya terjunam ke dalam Sungai Santap, Kampung Telaga Mas, di sini ,ditemui kira-kira jam 4 petang tadi.
Jasad Muhammad Rizal Zakwan Mohd. Razi, 4, ditemui di dasar sungai sedalam kira-kira lima meter oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM negeri, Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata, mayat mangsa ditemui di dasar sungai berhampiran tempat kereta terjatuh.
“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat,†katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, bapa mangsa, Mohd. Razi Mat Akib, 54, dan dua kakak, Nurul Rasyidah, 15, dan Nurul Rasyiqah, 11, terselamat apabila berjaya keluar dari kereta jenis Proton Wira Aeroback tersebut. -MYNEWSHUB.CC

