• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditahan Dalam Sekatan Jalan Raya Gara-Gara Hina Polis

oleh AK-47
18/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN kurang bijak seorang remaja yang memuat naik status menghina polis di laman sosial akhirnya memakan dirinya apabila dia ditahan dalam satu sekatan jalan raya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.45 pagi, remaja berusia 19 tahun itu ditahan ketika menaiki kereta Proton Satria GTI bersama dua lagi rakannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, suspek dalam perjalanan ke Teluk Cempedak dan ketika melalui sekatan jalan raya itu, dia membuat rakaman video anggota polis melakukan tugas berkenaan pada jam 12.15 tengah malam.

Katanya, seorang anggota polis bertindak menegur suspek memintanya memadamkan rakaman dan suspek dilaporkan berjanji untuk berbuat demikian.

“Namun 45 minit kemudian, anggota terbabit menyedari rakaman video berkenaan sudah dimuat naik suspek di WeChat dengan tajuk Polis Celaka.

“Tidak lama kemudian kami mengesan kenderaan yang dinaiki suspek berpatah balik dipercayai mahu menuju ke bandar melalui sekatan jalan sama.

“Kami menahan suspek dan merampas telefon iPhone 6 miliknya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Hasil pemeriksaan kandungan telefon bimbit itu, polis menemui rakaman video yang dimuat naik suspek yang menggunakan nama ‘DeckKhai’ di dalam laman sosial berkenaan.

Lelaki itu ditahan dan kini dalam siasatan lanjut mengikut seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -MYNEWSHUB.CC

Tags: ditahanpoliswechat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd