• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Remaja Ditahan, 2 Diburu Dipercayai Rogol Pelajar Tingkatan 1

oleh Ahmad Albab
18/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan dua remaja lelaki dan sedang memburu dua yang lain kerana dipercayai merogol seorang pelajar tingkatan satu di sebuah pondok di kebun kelapa sawit, Kampung Manong, Ayer Hitam dekat Batu Pahat, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata dua remaja lelaki yang berumur 14 dan 15 tahun serta tinggal di kawasan Ayer Hitam dan Parit Raja, Batu Pahat itu ditahan kira-kira 2 petang semalam di kawasan Ayer Hitam.

“Siasatan awal mendapati remaja perempuan berusia 13 tahun dan bersekolah di Parit Raja berkenaan didapati mengenali seorang daripada remaja lelaki terbabit menerusi aplikasi WeChat sejak 8 Sept lepas,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Abdul Wahib berkata terdahulu, pada kira-kira 9 malam, Khamis lepas, remaja perempuan terbabit memberitahu ibunya bahawa dia mahu keluar rumah untuk belajar di rumah rakannya di Parit Raja.

Beliau berkata sebenarnya, remaja perempuan terbabit sudah berjanji dengan seorang daripada remaja lelaki terbabit untuk keluar makan di sekitar Parit Raja.

Katanya remaja perempuan itu mengikut remaja lelaki terbabit menaiki sebuah motosikal ke pekan Ayer Hitam dan dia kemudian dibawa berjumpa tiga remaja lelaki lain sebelum kesemua mereka pergi ke pondok tersebut menunggang tiga motosikal.

Menurut Abdul Wahib, remaja perempuan itu kemudian dirogol bergilir-gilir di pondok tersebut, namun, dia dan kesemua empat remaja lelaki itu melarikan diri apabila penduduk kampung menyedari kejadian berkenaan.

“Mangsa (remaja perempuan) menyorokkan diri di belakang sebatang pokok manakala kesemua empat remaja lelaki itu melarikan diri dengan meninggalkan dua motosikal mereka.

“Penduduk kampung kemudian bertindak menghubungi bapa mangsa lalu bapa mangsa datang mengambil mangsa dan seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Hitam,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol dan polis giat mengesan dua lagi remaja lelaki terbabit yang dipercayai masih berada di sekitar Ayer Hitam bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes rogolremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd