KUALA LUMPUR – Sebilangan netizen dipercayai penyokong Pakatan Harapan dan penyokong Allahyarham Datuk Dr. Haron Din ‘berperang mulut’ di media sosial sejak petang tadi.
Penyokong Haron Din mengecam pemimpin DAP kerana mempersenda kematian Murysidul Am PAS itu dengan mengeluarkan kenyataan ‘Adios Harun Din. Let there be peace’
Penyokong Pakatan Harapan pula mempertahankan tindakan pemimpin DAP terlibat dengan pelbagai hujah dan alasan.
Rata-rata penyokong Pakatan Harapan menyifatkan mereka yang marah dengan kenyataan pemimpin DAP sebagai bodoh kerana tidak faham Bahasa Inggeris.
Dakwa mereka ‘Adios’ dalam Bahasa Melayu bermaksud ‘Selamat Jalan’ bukan bertujuan menghina Allahyarham Mursyidul Am PAS.
Penyokong Haron Din bagaimanapun yakin ayat “Adios Harun Din. Let there be peace’ itu memang bertujuan mempersendakan kematian Haron Din.
Berikut sedikit daripada hujah-hujah yang dilemparkan netizen berhubung kenyataan pemimpin DAP tersebut:
Miebun MSJ: “‘ADIOS’ dlm bahasa Sepanyol.Jika diterjemahkan ke dlm Bahasa Melayu,ianya bermaksud ‘Selamat Tinggal’..Begitu juga ‘Sayonnara’ dlm bahasa Jepun,juga membawa maksud yg sama..apa yg peliknya?…”
Gabe yip: “Digalakkan BERLAJAR BAHASA ORANG PUTEH SUPAYA TAK NAMPAK BODOH SANGAT ..”
Johnnysoo Wei Zhen: “Nampaknya Orang extremist tak suka orang ucapkan let be peace kepada orang meninggal . Adakah mereka suka orang sampaikan Let no peace bila mereka meninggal dunia ? Haha”
Hairul Abdullah: “Ni malaysia bukan amerika sibuk nak suruh org belaja bahasa english..sepatutnya semua rakyat malaysia mesti fasih berbahasa kebangsaan..cakap melayu pun pelat perasan kononnya rakyat malaysia yg sejati”
Abdul Muiz Badrulhisham: “Jangan risau..ada org MELAYU-ISLAM yang akan membela dia ni..jangan risau..JANGAN BIARKAN KADUK NAIK JUNJUNG!”
Bogon: “Org melayu ni sensetif dua benda je.. Satu bab agama.. Satu lg bab Raja Raja… Kau dh usik salah satu.. Dan Kau patut tau akibatnye.. Sayang… Dh duduk Malaysia berpuluh tahun Tp mentality masih mcm zaman Batu.. If this is the kind of MP that we have in Malaysia, I’m deeply worry bout the future of our next generation.. May Allah bless Malaysia..”
Othmasa Mad Saad: “Inilah manusia yg tak tahu untung nasib dibumi bertuah ini, bila sudah pandai celek dah naik tocang”




