• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jeff Kena Mohon Maaf Keluarga Arwah Haron Din

oleh AK-47
17/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) mendesak Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun memohon maaf secara terbuka khususnya kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr Haron Din al-Hafiz.

Desakan itu berikutan tindakan anggota Parlimen DAP berkenaan yang menghina pemergian tokoh PAS itu semalam dengan menulis, ‘Adios harun din, let be peace’, menerusi laman Twitter-nya.

Ketua Pemuda DPPNPP, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata tindakan Ooi itu telah mencemar reputasinya sebagai seorang anggota Parlimen yang sepatutnya menyelesaikan permasalahan rakyat dan bukan sibuk memaki hamun orang yang telah meninggal dunia.

“Lebih mengecewakan apabila tindakan bacul Jeff Ooi menyekat Twitter daripada seorang ahli PAS Jelutong, saudara Mustaqim (Yahaya) apabila memohon penjelasan daripadanya.

“Sekiranya inilah sikap perjuangan DAP selama ini maka bersedialah untuk parti tersebut untuk tidak diterima masyarakat dan lenyap dari muka bumi ini khususnya di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Afnan Hamimi berkata tindakan itu juga seolah-olah hendak menimbulkan ketegangan kaum di negara ini. – BERNAMA

Tags: HARUN DINJeff Ooi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesal Jeff Ooi Tidak Ditegur Pemimpin Melayu Pakatan

22/09/2016
0

MACHANG - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kesal dengan sikap segelintir pemimpin Melayu pakatan pembangkang yang...

Kes Hina Arwah Haron Din: Jeff Ooi ‘Serah Diri’

21/09/2016
0

JEFF Ooi Chuan Aun hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Pattani, George Town, Pulau Pinang hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd