• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fesyen Muslimah Tembusi Minggu Fesyen New York

oleh AK-47
17/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JULUNG-JULUNG kalinya fesyen berhijab atau muslimah berjaya dipentaskan di Minggu Fesyen New York (NYFW).

Bukan mudah untuk pereka fesyen baharu untuk mendapat peluang sebegitu apatah lagi dengan krisis yang melanda di sesetengah negara Eropah yang mengharamkan hijab dan fesyen muslimah.

Namun pereka fesyen dari Jakarta, Indonesia, Anniesa Hasibuan berjaya memecah tradisi tersebut apabila rekaannya berjaya diperagakan di pentas berprestij itu.

Fesyen Muslimah Tembusi Minggu Fesyen New York
Anniesa Hasibuan

Anniesa dengan koleksinya yang diberi nama D’Jakarta menjadi perhatian penonton apabila kesemua model yang memperagakan busananya mengenakan hijab.

Menurut laman Berita MediaCorp, pereka berusia 28 tahun itu menampilkan 48 set busana terdiri daripada 38 koleksi baju siap pakai dan 10 gaun gah yang dihiasi mutiara dan corak-corak rumit.

Koleksi tersebut diinspirasikan dari kepelbagaian budaya di Indonesia diterjemahkan menerusi penggunaan pelbagai jenis fabrik, corak dan batu permata.

Fesyen Muslimah Tembusi Minggu Fesyen New York

Fesyen Muslimah Tembusi Minggu Fesyen New York

“Terkenal dengan gaya-gaya uniknya yang menggambarkan kepelbagaian budaya, ibu kota Indonesia memberi inspirasi kepada Anniesa untuk sekali lagi mempamerkan keindahan kepelbagaian etnik di Indonesia,” tulis pereka itu di laman Instagramnya.

Manakala pemilik Haute Hijab, Melanie Elturk berkata, “Walaupun ramai yang menganggap fesyen sebagai sesuatu yang bukan serius dan hanya untuk bersuka-suka, saya yakin dengan kuasa fesyen.”

Semoga kejayaan Anniesa di NYFW secara tidak langsung membuka minda dan menghentikan pandangan serong terhadap hijab dan pakaian muslimah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Anniesa HasibuanFesyenhijabNYFW
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yuna Pernah Disuruh Tanggal Tudung

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Yuna mendedahkan dia pernah diminta membuka hijab oleh segelintir pihak ketika di awal kemunculannya dalam...

“Saya Cina Tapi Saya Suka Berhijab”

23/10/2019
0

"SAYA Cina tapi saya suka berhijab." Ciapan pemilik Twitter @jiaqing28512216 tular di media sosial apabila dia mencuri perhatian netizen kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd