• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pocong Suka Merompak Penduduk Ditangkap Polis

oleh
17/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Penduduk Solo sebelum ini sering digemparkan dengan kemunculan perompak yang berpakaian seperti hantu pocong untuk menjalankan operasi jenayahnya di bandar raya itu.

Namun kini, ratusan ribu penduduk wilayah Jawa Tengah itu tidak lagi perlu bimbang ditakut-takutkan, kerana si ‘pocong’ tersebut sudahpun ditangkap – dengan keadaannya masih lagi berbalut dengan kostum putihnya itu.

Hal tersebut disahkan oleh seorang pengguna Facebook tempatan, Abu Yahya Guba, yang pada 13 September lalu memuat naik gambar perompak berpakaian seperti pocong itu secara live, menurut portal berita otosis.com.

Gambar berkenaan menunjukkan si ‘pocong’ iaitu seorang lelaki ditangkap oleh polis Solo atau nama baharunya, Surakarta yang berpakaian preman. Kota itu merupakan tempat kelahiran Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Abu Yahya juga menulis bahawa para penunggang motosikal seharusnya tidak perlu rasa takut atau bimbang berdepan dengan ‘hantu’ seperti itu jika secara kebetulan bertembung makhluk tersebut sekali lagi.

Ini kerana rasa takut akan membuat para perompak ‘pocong’ tersebut yang sering menyasarkan penunggang motosikal dan pemandu kereta yang panik sebagai mangsa mereka semakin bermaharajalela.

Malah, beliau turut menyarankan beberapa langkah berkesan untuk mengatasi perompak ‘nakal’ yang kreatif mengenakan cosplay pocong menyeramkan seperti itu, lapor media republik berkenaan lagi.

Antaranya ialah tetap tenang meskipun berdepan dengan si ‘pocong’, dan jika perlu, tendang sahaja ‘hantu’ itu. Yang pasti, si ‘pocong’ masih tetap takut dengan polis! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: pocong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Pocong Mengamuk” Di Nibong Tebal Rupanya Prank, Kantoi Kena Ambush

“Pocong Mengamuk” Di Nibong Tebal Rupanya Prank, Kantoi Kena Ambush

08/02/2026
0

NIBONG TEBAL – Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan kelibat “pocong” dipercayai berkeliaran di kawasan gelap berhampiran jalan...

Jelmaan Pocong Di Paloh, Gua Musang?

18/09/2019
0

GUA MUSANG - Sejak minggu lalu, tular video rakaman penampakan pocong yang didakwa dirakam di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd