• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Kekasih Miliki Pistol Angin, Kereta Curi Ditahan

oleh Ahmad Albab
16/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menemukan sepucuk pistol angin dalam kenderaan curi dinaiki sepasang kekasih di Jalan Mutiara Emas, Mount Austin, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata penemuan itu hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan sepasukan unit rondaan cegah jenayah pada pukul 9.30 malam yang mencurigai kehadiran kenderaan itu di sebuah tempat letak kereta.

“Polis telah melakukan semakan ke atas kenderaan berkenaan dan mendapati ia telah dilaporkan hilang di Bukit Indah di sini.

“Selain itu, sepucuk pistol angin berwarna hitam tanpa kelopak ditemui di bawah tempat duduk suspek,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sulaiman berkata, setakat ini, polis belum lagi menerima sebarang pengakuan daripada kedua-dua suspek berhubung pemilikan senjata itu.

Bagaimanapun, berdasarkan siasatan awal, suspek lelaki yang bekerja sebagai jurulatih di sebuah gimnasium didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan kes pecah rumah, mencuri kenderaan dan dadah.

“Pasangan berkenaan yang berumur 22 tahun itu kini ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan permohonan reman terhadap mereka sedang diproses,” tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kereta dan Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata tiruan. – BERNAMA

Tags: kekasihPistol Tiruan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Hanya Bertindak Mengacu Pistol Tiruan, Bukan Tembak

Saya Hanya Bertindak Mengacu Pistol Tiruan, Bukan Tembak

27/07/2025
0

KUANTAN: "Saya cuma mengugut untuk menembak lelaki berkenaan menggunakan pistol tiruan selepas dia bercakap begitu kasar serta biadap dengan ibu...

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd