• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Ditahan Terlibat Judi Di Pudu

oleh AK-47
15/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian di dua buah premis di Jalan Pudu, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 36 hingga 56 tahun.

Beliau berkata dalam serbuan kira-kira 3 petang itu, polis turut merampas 21 unit komputer untuk aktiviti perjudian, dua unit komputer kawalan, dua unit modem dan wang tunai sebanyak RM200 dari kedua-dua premis berkenaan.

“Ketika serbuan dibuat, polis menahan dua lelaki yang merupakan penjaga premis itu dan dua lagi lelaki sedang bermain judi dalam permis berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati kesemua mereka memiliki pelbagai rekod jenayah lampau manakala barang rampasan dibawa ke Balai Polis Tun H.S.Lee untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hamid berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953. Katanya, polis akan meneruskan tindakan dari semasa ke semasa dan menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat untuk tindakan demi mengekalkan keharmonian serta ketenteraman awam di ibu kota. – BERNAMA

Tags: JUDIkedai judi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

22/12/2025
0

KOTA KINABALU: Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengira sejumlah besar wang tunai ketika dipercayai berjudi tular di media...

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd