• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPT Tingkat Kebersihan Cegah Pembiakan Aedes

oleh Ahmad Albab
15/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) sentiasa meningkatkan tahap kebersihan termasuk menjalankan gotong-royong bagi memastikan kawasan perumahan dan bandar itu bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.

Yang Dipertuanya Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata pembersihan itu dilakukan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Katanya kawasan yang tidak bersih mungkin menjadi sarang pembiakan nyamuk dan bimbang berlakunya jangkitan virus Zika.

“Walaupun Zika tidak dilaporkan di sini, tetapi usaha pembersihan perlu dilakukan supaya virus itu tidak merebak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penularan virus Zika yang dilaporkan berlaku di Singapura, Filipina dan kini menular di negara ini.

Sebanyak enam kes jangkitan virus Zika dilaporkan di negara ini termasuk dua kes terbaharu melibatkan adik-beradik dikesan di Miri, Sarawak dan Setapak, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Abd Rahim menasihatkan penduduk di bandar ini supaya membuang air yang bertakung bagi mengelak pembiakan nyamuk aedes yang dipercayai menjadi punca jangkitan virus itu. – BERNAMA

Tags: kebersihannyamuk Aedes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fungsi J-KOM Akan Diteliti Semula

MPK ‘Serbu’ Gerai Dalam Kedai Berkait Isu Kebersihan

03/01/2024
0

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa melaksanakan penguatkuasaan berhubung garis panduan pelesenan gerai dalam kedai dari semasa ke semasa....

Tauke Kopi, Dua Pekerja Halang Anggota Penguat Kuasa Periksa Kebersihan Ditahan

Tauke Kopi, Dua Pekerja Halang Anggota Penguat Kuasa Periksa Kebersihan Ditahan

26/06/2023
0

KEMAMAN – Seorang pengusaha minuman kopi terkenal daerah ini bersama dua pekerja ditahan bagi membantu siasatan dakwaan menghalang anggota penguatkuasaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd