• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Minta Lelaki Rogol Anak Sebelum Dibunuh

oleh Ahmad Albab
15/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALBUQUERQUE (New Mexico) – Ibu kepada budak perempuan berusia 10 tahun yang ditemui mati dengan mayatnya dikerat, memberitahu polis dia mencari lelaki di internet dan tempat kerja untuk menyerang mangsa secara seksual.

Menurut butiran waran geledah kes itu, Michelle Martens memberitahu polis Amerika Syarikat (AS) bahawa dia bertemu dengan sekurang-kurangnya tiga lelaki sebelum mangsa diberi dadah, dirogol dan dibunuh bulan lalu.

Ibu tunggal berkenaan memberitahu penyiasat dia tidak merancang jenayah itu untuk mendapatkan wang tetapi kerana seronok menyaksikannya.

Tidak dapat dipastikan berapa lama dia merancang pertemuan sebelum kematian Victoria Martens atau jika polis sudah mengenal pasti penyerang.

Polis menemui mayat budak itu yang dikerat di dalam pangsapuri yang dihuni bersama ibunya pada hari dia dijangka menyambut ulang tahun kelahiran ke-10.

Pembunuhan itu mencetuskan kemarahan orang ramai. Jurucakap keluarga berkenaan, Laura Bobbs, menangis ketika mengetahui butiran dalam waran geledah itu.

“Kasihan anak saya, kasihan anak saya.

Dia tidak pernah beritahu kami apa yang berlaku.

“Saya selalu bertanya dia setiap masa, ‘Kamu OK?’ Dia akan berkata ya,” katanya merujuk kepada Victoria.

Bobbs berkata, tiada petanda daripada Michelle Martens atau mangsa menunjukkan ada perkara yang tidak kena.

“Saya melihat wanita itu setiap hari.

“Tiada petanda. Bagaimana dia menyembunyikan perkara ini daripada kami.

“Keadaan semakin buruk, buruk dan buruk,” katanya. Michelle Martens, Fabian Gonzales dan sepupu Gonzales, Jessica Kelley, didakwa membunuh dengan niat dan jenayah seks melampau terhadap kanak-kanak di bawah 13 tahun.

Victoria ditikam dan dicekik. – AP/BH ONLINE

Tags: Ibukes rogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd