• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zika: Majlis Fatwa Akan Bersidang Minggu Hadapan

oleh AK-47
15/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan minggu depan berhubung pendirian bersama mengenai pengguguran bagi ibu yang dijangkiti virus Zika yang boleh menyebabkan bayi dijangkiti mikrocephali dan mengalami kecacatan.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Kabinet telah mengarahkan kementerian membincangkan perkara itu dengan Majlis Fatwa bagi mendapatkan konsensus kebangsaan tentang bagaimana untuk mengendalikan isu itu.

Beliau berkata setakat ini hanya seorang mufti yang tampil memberi penjelasan tentang perkara itu, dan undang-undang sedia ada di negara ini hanya membenarkan pengguguran jika ia merisikokan nyawa ibu.

“Terdapat cadangan-cadangan daripada Kabinet, untuk Majlis Fatwa membincangkan secara terperinci isu itu, dan juga untuk mendapatkan input perubatan dan saintifik daripada kami dan mencapai konsensus kebangsaan.

“Sebaik sahaja konsensus kebangsaan dicapai, komponen saintifik dan kalangan pakar perubatan akan duduk berbincang dan mengeluarkan nasihat berdasarkan pada
perbincangan itu,” katanya dalam sidang media mingguan beliau di sini, hari ini.

Dr Subramaniam diminta mengulas kenyataan mufti Wilayah persekutuan bahawa ibu mengandung yang dijangkiti virus Zika dibenarkan melakukan pengguguran.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti dua jenis strain virus Zika iaitu French Polynesia dan Micronesia, yang menjadi punca kepada sejumlah enam kes di negara ini setakat ini.

Katanya virus jenis French Polynesia mempunyai persamaan dengan yang ditemukan di Brazil dan Singapura manakala satu lagi adalah strain tempatan (Micronesia) daripada kes awal yang direkodkan dalam negara.

“Keputusan itu diperoleh daripada ujian dijalankan ke atas dua pesakit pertama yang dijangkiti di Taman Botani, Klang dan Likas, Sabah. Berhubung empat lagi kes, kementerian masih lagi menjalankan ujian lanjutan,” katanya.

Kes pertama Zika melibatkan wanita berumur 58 tahun dari Klang yang dijangkiti penyakit itu di Singapura manakala kes kedua ialah seorang lelaki yang meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan jantung.

Ditanya virus jenis mana yang bahaya, Dr Subramaniam berkata: “Kami masih belum tahu dan kami masih menyiasat strain-strain. Tetapi adalah lebih baik untuk menganggap risikonya adalah sama dan mengambil langkah-langkah perlu. Jika risikonya adalah kurang, ia baik untuk kita.”

Dr Subramaniam berkata antara 1 September sehingga hari ini, kementerian memantau 79 orang yang dikesan mempunyai simptom Zika tetapi ujian darah dan air kencing mereka menunjukkan negatif.

Simptom jangkitan Zika termasuk demam, ruam, sakit sendi, konjunktivitis (mata merah), sakit otot, pening, sakit di bahagian belakang mata dan muntah.

Setakat ini, beliau berkata kementerian dan pihak berkuasa tempatan telah melakukan pemeriksaan di 3,543 buah rumah, kebanyakannya terletak berdekatan dengan enam kes yang dilaporkan, di samping melakukan kegiatan membasmi jentik-jentik, semburan kabus dan langkah kawalan vektor yang lain. – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniamvirus zikaZika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

Kekuatan Mental Penting Hadapi PRU14

03/05/2018
0

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd