• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AC Mizal, Isteri Jadi Duta Produk Pelangsingan Badan

oleh Ahmad Albab
04/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal berjaya menurunkan berat badan sebanyak lapan kilogram (kg) dalam masa sebulan sejak mengambil produk pelangsingan badan, L’rose.

AC berkata sejak menggunakan produk keluaran bumiputra tersebut berat badannya semakin menurun dan disebabkan yakin dengan keberkesanannya, selebriti popular ini dan isteri, Datin Emylia Rosnaida kini dilantik sebagai duta produk L’rose.

“Sebelum menjadi duta, saya sendiri telah cuba dan hasilnya dalam sebulan berat badan saya turun dalam lapan kg dan sekarang setelah hampir dua bulan, berat badan saya dari 95 kg turun ke 83 kg,” katanya ketika ditemui Mynewshub pada majlis pelancaran produk dan pengenalan duta  L’ rose, di Hotel Royal Chulan, di sini, hari ini.

AC menyatakan, produk ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi perjanjian yang dimeterai, AC dan Emylia mengikat kontrak selama tiga tahun dengan syarikat pengeluar RMZ Health & Beauty Products Marketing.

Sementara itu, Emylia berkata dia kehilangan berat lapan kilogram hanya dalam masa sebulan mencuba produk yang menggunakan 100 peratus herba semulajadi seperti teh hijau, halia merah, acai berry, garcinia cambogia, gymnema sylvestre dan dandellion ini.

“Yang menariknya, produk ini tiada sebarang kesan sampingan kerana semua ramuannya berasaskan herba semulajadi,” ujarnya.

Produk L’rose boleh didapati menerusi stokis-stokis jualan mereka di Selangor, Johor dan Melaka dengan harga RM150 sekotak. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

Tags: AC Mizalproduk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perlu Kawal Produk Berasaskan Bahan Kimia

Kerajaan Perlu Kawal Produk Berasaskan Bahan Kimia

12/06/2023
0

PUTRAJAYA – Pusat Racun Negara (PRN) menggesa kerajaan agar mewujudkan kawalan terhadap produk berasaskan bahan kimia yang digunakan di rumah...

Jangan Beli, Ambil Produk Skinny Lolita, Xtreme Candy – KKM

06/09/2019
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai tidak membeli atau mengambil produk Skinny Lolita dan Xtreme Candy yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd