KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan sebanyak 41.07 peratus atau RM41.1 bilion daripada peruntukan permulaan RM100 bilion untuk Simpanan Shariah 2017, sehingga pada 13 Sept, 2016.
Dana persaraan itu berkata ahli yang ingin menukar kepada Simpanan Shariah perlu mengunjungi mana-mana cawangan KWSP, di seluruh negara untuk mengelak kesesakan orang ramai pada saat-saat akhir pada Disember.
“Tarikh tutup bagi Simpanan Shariah 2017 adalah pada 23 Dis, 2016 atau tertakluk kepada ketersediaan peruntukan RM100 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pendaftaran bagi Simpanan Shariah dibuka pada 8 Ogos, 2016. – BERNAMA

