• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Permohonan Untuk Adnan Timbang Hasrat Tak Tanding

oleh Ahmad Albab
14/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terus menerima sokongan agar meneruskan pentadbirannya, walaupun telah menyatakan hasrat berkemungkinan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Terbaharu, pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota menerusi ketuanya Muhammad Faiz Hashim memohon supaya Adnan menarik semula hasrat berkenaan kerana khidmat beliau masih ditagih dalam memastikan kestabilan politik dan pentadbiran negeri.

“Kami merayu Adnan menarik semula hasrat tidak bertanding kerana kepentingan parti harus diberi keutamaan. Tambahan pula, PRU14 merupakan pilihan raya yang cukup getir dan boleh dikatakan bapa kepada semua pilihan raya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Muhammad Faiz menambah Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota juga berikrar untuk mempertahan dan menyokong penuh kepimpinan Adnan seperti dinyatakan dalam Perkara 3, Deklarasi London 2016 yang diadakan di Universiti Oxford pada 29 Mei lalu.

Pada 9 Sept lalu, semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh, Adnan menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya akan datang selepas memegang jawatan sebagai menteri besar selama 18 tahun.

Adnan yang telah 30 tahun menjadi wakil rakyat bagaimanapun tidak mahu isu itu diperbesarkan dan menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Raub Sheikh Salahuddin Sheikh Abd Rahim turut meminta supaya hasrat itu difikirkan semula dan berpendapat faktor pentadbiran yang lama bukan masalah, kerana Adnan masih menerima sokongan daripada rakyat.

“Tidak timbul masalah jika beliau mahu menarik semula hasrat itu kerana sebelum ini Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga membuat keputusan membatalkan hasrat daripada berundur kerana masih mendapat sokongan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adnan Yaakob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Disaran Buka Keanggotaan Kaum Lain

07/06/2018
0

UMNO perlu mengkaji semula Perlembagaan parti dan disaran buka keanggotaan kepada kaum lain sebagai langkah transformasi untuk perkukuh kedudukan parti...

Menteri Besar Pahang Diketahui Esok

11/05/2018
0

KUANTAN - Teka-teki sama ada Datuk Seri Adnan Yaakob akan terus kekal menjadi Menteri Besar Pahang bagi penggal kelima hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd