• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajak Shiro Cedera Masuk Hospital, Terima 15 Jahitan

oleh AK-47
14/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini salah seorang anggota kumpulan Shiro, Ajak Shiro, 30, menerima 15 jahitan selepas jarinya cedera.

Menurut sebuah laman hiburan tempatan, Ajak mengalami kecederaan selepas terkena kaca cermin tingkap rumahnya yang pecah pada malam Aidiladha lalu.

Akibat insiden itu, pelakon dan pelawak ini terpaksa menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Kempas, Johor Bahru, Johor dan terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk sementara waktu.

Ajak Shiro Cedera Masuk Hospital, Terima 15 Jahitan

Ajak Shiro Cedera Masuk Hospital, Terima 15 Jahitan

Menurut isterinya, Nur Afifah Amin, Ajak atau nama penuhnya Mohd. Hanaffi Razak mengalami kecederaan pada bahagian jarinya selepas terkena kaca.

“Ajak pegang cermin tingkap masa nak angkat barang semalam dan tiba-tiba cermin itu pecah. Serpihan kaca masuk dalam jarinya menyebabkan dia pengsan.

“Sekarang dia tengah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan serpihan kaca berkenaan daripada jarinya dan menjahit bahagian luka. Doktor nak pastikan tiada urat yang putus,” jelas Afifah di laman Instagram.

Rata-rata peminatnya tidak henti-henti mendoakan pelawak pujaan mereka itu supaya cepat sembuh di ruangan komen foto tersebut.

Manakala menerusi informasi dari laman hiburan yang lain, difahamkan setelah menjalani pembedahan kecil, Ajak bergegas ke lapangan terbang untuk mengejar penerbangan ke Gold Coast, Australia kerana telah berjanji dengan anak-anaknya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ajak shirokacapembedahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih Alami Pendarahan Usus, Perlu Jalani Pembedahan Susulan – Isteri

15/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang masih kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,...

Lebih 3,000 Paket Kuih, Juadah Harga RM1 Licin Dijual

Spesies Orkid Seperti Kaca Ditemukan Di Jepun

25/03/2023
0

TOKYO: Spesies orkid baharu dengan bunga halus seperti kaca ditemukan oleh saintis Jepun, yang menyedari tumbuhan merah jambu dan putih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd