HOS popular, Ryan Seacrest dilaporkan bercinta dengan supermodel terkenal yang juga model jenama pakaian dalam terkenal Victoria’s Secret iaitu Adriana Lima.
Setakat ini wakil kedua-dua pihak itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.
Hubungan kedua-duanya akrab selepas bersama-sama ke Rio de Janeiro, Brazil bagi menyaksikan temasya kejohanan sukan terbesar dunia, Olimpik 2016 yang berlangsung di sana baru-baru ini.

Ryan; 41, dan Adriana; 35, baru-baru ini juga dilihat mesra ketika menjamu selera di sebuah restoran mewah di New York, Amerika Syarikat.
Adriana, model kelahiran Brazil itu sebelum ini pernah berkahwin dengan bintang bola keranjang NBA, Marko Jaric namun disahkan bercerai tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, Adriana memiliki dua anak perempuan iaitu Valentina; 7, dan Sienna; 4. – MYNEWSHUB.CC

