• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beradik Lemas Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad

oleh Ahmad Albab
13/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jenazah dua beradik yang maut akibat terperangkap di bawah bot terbalik di Kuala Tembeling, Jerantut dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemuruh, Pasir Durian hari ini.

Mangsa ialah Siti Khadijah Dalili Zulkiflee, 7, dan adiknya Muhammad Alee Zulhaikal, 4, yang lemas selepas bot yang dinaiki mereka bersama tujuh penumpang lain di Kampung Keluang, Kuala Tembeling terbalik pada pukul 6.30 petang semalam.

Bapa mereka Zulkiflee Awang Kecik, 43, berkata semasa kejadian dia dan dua lagi anaknya iaitu Siti Umairah Norain, 14, dan Muhammad Hadimran, 11, serta empat lagi anak saudaranya sempat menyelamatkan diri dengan bantuan penduduk kampung.

Anak saudaranya yang selamat ialah Mohd Helmi Joni, 18, dua adiknya iaitu Mohd Zaki, 15, dan Mohd Hanif, 10, serta Mohd Farhan Mansor, 27.

“Kami dalam perjalanan pulang selepas mandi di Sungai Kuala Tembeling apabila bot kami secara tiba-tiba terbalik. Saya tak tahu bagaimana bot kami boleh terbalik kerana air sungai adalah tenang dan kami sudah hampir tiba ke tebing,” kata Zulkiflee.

Beliau berkata beliau menjerit meminta tolong dan anak saudaranya Mohd Fitri Mahasan, 24, dan beberapa orang kampung yang berada berhampiran sungai menyelamatkan mereka.

Mohd Fitri berkata mereka sempat menyelamatkan dua mangsa sebelum dimaklumkan masih ada lagi mangsa yang terperangkap di bawah bot.

“Kami menyelam semula dan bila kami terbalikkan bot, baharu kami perasan ada orang di bawah bot. Kami menyelam sekali lagi untuk mencari dua beradik itu dan berjumpa adiknya yang bongsu.

“Masa itu dia masih hidup kerana saya dengar dia terbatuk-batuk. Kamu cuba selamatkan dia sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Kuala Tembeling. Kakaknya hanya ditemui setengah jam kemudian dan telah meninggal dunia,” katanya.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azid Ismail mengesahkan kejadian dan berkata kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jerantut. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd