• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia: Felda United Berjaya Elak PDRM

oleh AK-47
03/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Felda United FC berjaya mengelak daripada bertemu dengan juara Kumpulan D, Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila muncul juara Kumpulan A selepas menamatkan perlawanan peringkat kumpulan dengan mengumpul 13 mata.

‘The Fighters’ meraih mata penuh selepas menewaskan Lions XII 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Selayang pada Selasa malam.

Pemain import dari Liberia Zah Rahan Krangar meledak gawang lawan pada minit kesembilan sebelum Faris Ramli menyamakan kedudukan pada minit ke-22.

Anak buah Irfan Bakti mengukuhkan kedudukan apabila Indra Putra Mahyuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-26 sebelum pemain import Ndumba Makeche melengkapkan kemenangan The Fighters pada minit ke-28.

Pahang kekal selaku naib juara Kumpulan A, selepas terikat 1-1 dengan pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.

JDT II membuka jaringan pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti pemain import Nicolas Delmonte selepas Jose Manuel Carrasco dijatuhkan pemain pertahanan Pahang.

Pada minit ke-65, kedua-dua pasukan dihukum bermain dengan 10 pemain selepas Matias Ruben (Pahang) dan Jose Manuel Carrasco (JDT II) dilayangkan kad merah apabila berlaku kekasaran, sebelum Pahang menyamakan kedudukan pada minit ke-72 menerusi jaringan pemain import Zeshan Rehman.

Imej tuan rumah Kelantan tercalar di hadapan penonton sendiri apabila tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-3 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Gol kemenangan JDT diperoleh menerusi pemain import dari Argentina Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-27, Jasazrin Jamaludin (minit ke-47) dan Luciano Gabriel Figueroa (minit ke-67).

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, tuan rumah melengkapkan perlawanan dengan kemenangan pertama mereka selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1.

Hairuddin Omar meletakkan pasukan pelawat di hadapan selepas menjaringkan gol pada minit ke-36, sebelum Pulau Pinang bangkit mencari dua gol kemenangan pada babak kedua menerusi pemain import Luiz Ricardo pada minit ke-50 dan Lee Gil Hoon pada minit ke-62.

Selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan malam ini, Felda United FC, Pahang, JDT dan Kelantan mengesahkan tempat ke suku akhir manakala empat perlawanan malam esok akan menyaksikan tiga pasukan lagi bakal mengiringi PDRM ke suku akhir. – BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd