• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Wira Paralimpik Terbang Percuma Seumur Hidup

oleh AK-47
12/09/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia memberi ganjaran penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua atlet kelainan upaya negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik, Rio Brazil.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui Twitter dan laman Faceboknya, yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaan tiga atlet paralimpik negara yang berjaya menyumbang pingat emas dalam tempoh 24 jam.

emas

freeeee

Malaysia setakat ini mengumpul tiga pingat emas, masing-masing daripada Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter T36 (celebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli menerusi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) serta Abdul Latif Romly melalui acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran).

Lebih manis apabila tiga atlet paralimpik itu turut memecahkan rekod kejohanan dan dunia. Tony pada 24 Ogos lalu mengumumkan AirAsia akan menghadiahkan penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua atlet ASEAN yang memenangi pingat Emas pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Manakala pemenang pingat perak dan gangsa dari rantau ASEAN turut diberikan penerbangan percuma masing-masing untuk tempoh 5 dan 2 tahun.

“Atlet yang layak akan dapat terbang ke lebih 120 destinasi dalam rangkaian meluas AirAsia dan AirAsia X di Asia, Australia, Timur Tengah dan Afrika,” katanya yang dipetik Bernama, bulan lalu.

Semalam, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, seunit kediaman suite dan kenderaan SUV Kia Sportage akan dihadiahkan kepada Ridzuan dan Ziyad. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AirAsiaparalimpik rioTONY FERNANDES
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd