• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhammad Ziyad Bukti Semangat Juang Tinggi Atlet

oleh Ahmad Albab
11/09/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cita-cita Muhammad Ziyad Zolkefli mahu menjadi atlet nombor satu dunia akhirnya tercapai biarpun terpaksa melupakan pengajian di kolej.

Atlet paralimpik negara itu nekad berhenti belajar di sebuah kolej swasta selepas menerima tawaran Majlis Sukan Negara sebagai atlet sepenuh masa.

Muhammad Ziyad menyumbang emas kedua negara di Sukan Paralimpik dengan rekod baharu dunia acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan jarak 16.84 meter pada Sabtu, selepas Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi meraih pingat emas pertama negara dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy).

Ibunya, Siti Arfah Abdul Rashid berkata anak sulungnya itu meminati sukan olahraga sejak di bangku sekolah rendah dan sering meraih keputusan cemerlang di kejohanan peringkat sekolah mahupun daerah.

Walaupun Siti Arfah pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan Muhammad Ziyad menjadi atlet sepenuh masa, beliau tetap sentiasa mendoakan kejayaan dan menyokong setiap keputusan anaknya yang kini berusia 26 tahun.

“Makcik pernah beritahunya sukan ini susah untuk masa depannya, Ziyad perlu ada sijil untuk mendapatkan kerja tetap, tetapi anak saya tetap berdegil dan mahu menjadi atlet.

“Walaupun Ziyad tidak seperti anak orang lain, dia mempunyai perancangan yang baik tentang masa depan. Makcik bangga dengan beliau. Ziyad juga seorang anak yang rajin dan tidak menyusahkan orang,” katanya ketika di temui Bernama di kediaman mereka di Gombak.

Siti Arfah berkata kejayaan meraih pingat emas itu juga bermakna buat Muhammad Ziyad yang akan melangsungkan perkahwinan bersama Zafirah Nasir pada November ini.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata kerajaan negeri akan memberi ganjaran kepada Muhammad Ziyad sebagai pengiktirafan kepada anak jati Selangor itu yang telah mengharumkan nama negara.

“Saya merakamkan rasa gembira rakyat Selangor apabila salah seorang atlet kita dapat meraih pingat emas dan kebetulan dia datang dari Gombak. Insya-Allah selepas Aidiladha ini kita akan membincangkan satu pengiktirafan pada atlet kita yang beraya meraih pingat emas,” kata Azmin. – BERNAMA

Tags: Paralimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Mungkin Dibatalkan Sebagai Penganjur

28/01/2019
0

KEJOHANAN Renang Para Dunia yang bakal berlangsung di Sarawak Ogos ini masih dalam perbincangan selepas keputusan Malaysia melarang kontinjen Israel...

Para 2017 Petanda Positif Hadapi Para Asia 2018

24/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Malaysia menutup kempen acara olahraga Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (APG 2017) di Stadium Nasional Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd