• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Perlis Ucap Tahniah Buat Ridzuan Puzi Dari Arafah

oleh Ahmad Albab
13/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini mengucapkan tahniah kepada dua atlet negara yang menyumbang pingat emas di Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, pada Sabtu.

Menurutnya, kejayaan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang meraih pingat emas pertama negara diikuti Muhammad Ziyad Zolkefli wajar diraikan kerana sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

“Tahniah dan terima kasih kepada pelari pecut Perlis, Mohamad Ridzuan yang memenangi pingat emas acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) sekali gus memecah rekod Sukan Paralimpik.

“Sekalung tahniah juga buat Muhammad Ziyad atas kejayaan mencipta rekod baharu dunia untuk acara lontar peluru F20 lelaki,” kata Azlan menerusi catatan di laman Facebooknya hari ini.

Azlan kini berada di Arafah bagi menyempurnakan ibadah haji.

Dalam acara yang berlangsung di Stadium Olimpik itu, Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat, sekali gus memadam rekod Sukan Paralimpik terdahulu milik Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25s yang dilakukan di Beijing pada 2008.

Kejayaan Mohamad Ridzuan, 28, kemudiannya disusuli kejayaan Muhammad Ziyad melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) yang mencipta rekod baharu dunia dengan jarak 16.84m, mengatasi rekod lama 16.29m milik Todd Hodgetts dari Australia yang dilakukan di Sukan Paralimpik London 2012. – BERNAMA

Tags: Azlan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd